Muzik juga tergolong di dalam aspek budaya dan di Malaysia, setiap etnik mempunyai alat muzik tradisional yang tersendiri. Alat-alat muzik ini dimainkan dengan cara yang berbeza dan unik tetapi ia tetap mampu menyatupadukan semua rakyat yang berbilang bangsa dan agama.

Dalam satu perkongsian di Facebook, telah menular satu video mengagumkan yang membabitkan penyatuan pelbagai masyarakat di Malaysia melalui muzik. Tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan juga India telah menunjukkan satu persembahan seni dan budaya yang cukup menakjubkan sambil diiringi dengan alat muzik tradisional masing-masing.

Dalam video yang berdurasi lebih 3 minit itu, dilihat kaum Melayu tampil dengan dua jenis alat muzik iaitu kompang dan juga bonang manakala kaum Cina pula memainkan Gendang 24 Musim atau juga dikenali sebagai gendang cina dan gendang shigu. Sementara itu, kaum India pula dilengkapi dengan alat muzik dholak dan sebagainya.

Video ini mendapat sambutan hangat daripada para netizen dan dikongsikan sehingga 20,582 kali selain mendapat 12,000 jumlah likes!

Kesemua pemain yang mempunyai latar belakang budaya berbeza ini kelihatan begitu berseronok ketika mempersembahkan lagu ini. Inilah yang menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang aman dan harmoni meskipun terdiri daripada penduduk yang berlainan bangsa, kaum serta agama.

Jika anda lihat dengan lebih terperinci, anda dapat saksikan ada pemain berbangsa Cina yang turut memainkan alat muzik tradisional India dengan penuh bersemangat. Inilah semangat 1Malaysia yang kita bangga-banggakan selama ini! Begitu mempesonakan!

Sememangnya satu keunikan yang masih dipegang teguh oleh rakyat Malaysia sehingga kini…

Meskipun dengan apa yang berlaku di negara dengan insiden perselisihan faham antara kaum, peralihan kuasa dan sebagainya, Malaysia tetap aman seandainya kita semua mampu mengawal emosi dan bersikap rasional.

Sumber: Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds