Tidak semua insan di muka bumi ini yang dilahirkan dengan nasib yang baik kerana ada sahaja ujian yang perlu kita tempuhi bagi membuktikan kesetian kita sebagai hamba-Nya. Bagi yang bernasib baik, anda seharusnya bersyukur kerana dikurniakan nikmat kesihatan dan kesempurnaan tubuh badan serta rezeki yang melimpah ruah.

Namun, kita perlu ingat bahawa ‘kesempurnaan’ yang diberikan bukanlah satu tiket untuk kita mendabik dada sebaliknya sama-sama membantu mereka yang mengalami kesusahan dan memerlukan pertolongan.

Sebagai contoh, kisah lelaki ini yang telah ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang pemuda kelainan upaya ketika dia sedang mencari pekerja yang dapat membantunya menjalankan perniagaan. Walaupun pemuda tersebut tiada sebelah kaki, mempunyai satu buah pinggang di samping memakai lampin namun dirinya cukup bersungguh untuk bekerja bagi mencari sesuap nasi membuatkan lelaki berkenaan tersentuh sehingga mengalirkan air mata.

Pada mulanya, lelaki tersebut mati akal untuk memberikan pekerjaan pada pemuda berkenaan. Dek kerana kegigihan pemuda tersebut, lelaki itu telah mendapat idea agar pemuda kelainan upaya berkenaan menjalankan perniagaan ais krim goyang di pasar malam.

Berikut merupakan perkongsian yang ditulis sendiri oleh lelaki tersebut, Rahiman Ab Rahim :

Assalamualaikum…..

Lepas aku tarik balik kes polis 4 perempuan pekerja aku.. Aku pun cuti pasar mlm… Tak ada pekerja.. Nak niaga macam mana.. Cuti cuti lah dulu…tapi job sngpore aku sentiasa ada..kedai secondhand tetap berjalan… Alhamdulillah..

Sedang aku mencari dan mencari pkerja.. Takdir nya aku dapat seorang pkerja istimewa..aku pun tak tahu knapa dan mengapa hati ini tergerak untuk menerima dia bkerja.. Walhal dia orang kurang upaya (oku) tiada kaki kiri… Tiada satu buah pinggang… Pakai pampers.. Tiada ibu dan bapa… Tiada tempat berteduh.. kerja pasar mlm ni perlukan pergerakan.. Kne pantas.. Kne cepat…

Aku terima dia.. Allah yg gerakkan hati dia untuk bertemu aku.. Allah yg gerakkan hati aku untuk terima dia.. Aku angap ni kerja Allah.. Malam tu dia datang jumpa aku.. Allah.. Menitik air mata aku.. Muka aku ganas tapi hati aku mudah tersentuh..

Adoi… Apa kerja aku nak bgi dia nie erkkk… Ni pngalaman baru buat aku nie.. Mati akal jugak.. Niat nak tolong tapi aku tak tahu nk bgi kerja apa… Aku pun pos dlm group..niat dhati aku nk dia buat aiskrim malaysia..aku nk cari pembeli… Macam macam idea yg mereka beri.. Tapi dlm bnyak 2 idea ada satu yg aku rasa logik.. Munasabah.. Tak perlu pergerakkan kaki.. Hanya duduk.. Ermmmmmm…

Macam sesuai jek nie.. Aku pun beli lah mesin aiskrim goyang.. Nasib ada yg secondhand.. Alhamdulillah… Hari ini hari kedua dia membuat aiskrim goyang.. Biar lah dia bergoyang kat situ.. Asalkan dia ada kerja..biar dia bkerja.. Itu lagi baik dari dia meminta ikhsan orang..

lhamdulillah sekarang team baru pasar malam aku dah 5 pkerja….. Sorang ank yatim piatu… Sorang oku yatim piatu… Sorang ibu tunggal… Sorang dah tak minat skolah….sorang lagi pelajar maktab…

Harap 2 ini kali lah.. Aku penat dah cari pkerja…… Jujur amanah bertangungjwap susah nak jumpa.. Dapat sipi sipi pun jadi lah…

Semoga kisah yang terjadi pada Rahiman akan menjadi panduan untuk kita ikuti. Sentiasa berbuat baik kepada semua insan tidak kira latar belakang, agama mahupun bangsa kerana semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sumber : Nia Jaya

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds