Malam itu adalah Malam Tahun Baru yang sempurna untuk Ruslan dan Anastasia Odonec, yang telah menjemput semua ahli keluarga dan rakan mereka ke rumah baharu mereka untuk mengadakan pesta pada tahun 2014.

Terdapat ramai tetamu di segenap ruang, dihiasi dengan gelak ketawa kanak-kanak yang bermain bersama rakan sebaya, disulami dengan senyuman yang hangat dan pelbagai kisah dan berita yang gembira. Rumah itu ‘hidup’ dengan semua tetamu yang hadir.

Kredit: Faith It

Namun, dalam kemeriahan parti itu, Ruslan menyedari bahawa dia tidak melihat atau mendengar suara dari anaknya, anak lelakinya yang berusia 5 tahun, Radomir, dan anak perempuannya yang berusia 3 tahun, Alesya. Dengan kerisauan yang mula melanda, Ruslan mula mencari anak-anaknya di setiap bilik yang ada di rumah baharunya, dan menjadi semakin panik kerana tidak menjumpai keberadaan anak-anaknya.

Apabila Ruslan akhirnya memeriksa ruang bawah tanah, Ruslan terkejut dengan penemuannya: Alesya, tenggelam tidak bermaya di dasar kolam.

Melihat kejadian yang mengejutkan itu, Ruslan segera menyelamatkan tubuh anak kecil itu dari dalam air dan mula melakukan CPR, sementara diperhatikan oleh seluruh keluarga dan tetamu yang datang melihat kejadian itu. Anastasia, yang ternyata cemas dan sangat terkejut dengan berita itu telah jatuh pengsan sebaik sahaja melihat keadaan anak perempuannya.

Apa yang bermula sebagai malam yang diingati dengan cepat berubah menjadi mimpi ngeri yang tidak mahu diingati.

Sementara menunggu pasukan perubatan tiba, Ruslan berusaha untuk menyelamatkan anak perempuannya, tetapi tidak berhasil.

Apabila pasukan perubatan tiba 10 minit kemudian, mereka mengambil alih tugas Ruslan dalam usaha menyelamatkan nyawa Alesya. Tidak lama selepas itu, gadis kecil yang periang itu diisytiharkan telah meninggal dunia.

Kredit: Faith It

Mendengar berita yang disampaikan itu, Ruslan tidak mahu berputus asa dan menolak untuk mempercayainya. Ruslan meneruskan usahanya untuk cuba menyelamatkan Alesya dengan melakukan CPR sambil menekan keras di bahagian dada anaknya.

Melihat kelakuan Ruslan, ahli paramedik di tempat kejadian mencadangkan supaya Ruslan “berhenti menyiksa mayat,” tetapi Ruslan tetap terus mengepam dada anaknya dengan harapan yang menggunung.

40 minit dari masa Ruslan menyelamatkan anak perempuannya dari kolam renang, dan hampir setengah jam sejak Alesya diisytiharkan meninggal dunia, Ruslan mula merasakan denyutan jantung yang lemah di dada gadis kecil itu.

Keajaiban telah berlaku. Jantung Alesya mula berdegup kembali.

Pasukan perubatan yang kagum dengan berita itu segera bergegas menghantar Alesya ke hospital. Sejak kejadian pada Malam Tahun Baru itu, Alesya terlantar koma selama dua minggu.

Walaupun Alesya masih hidup, namun doktor tidak mahu memberikan harapan yang tidak pasti kepada Ruslan dan Anastasia. Setelah meninggal dunia selama 45 minit tanpa oksigen yang dipam ke otak, kerosakan otak yang berlaku pada Alesya tidak dapat ditentukan.

Kredit: Faith It

Apabila terjaga dari koma, Alesya tidak dapat melihat, bercakap atau bergerak. Tetapi seperti yang telah disyaki, Tuhan masih belum selesai merangka keajaiban untuk si kecil ini.

Dalam minggu-minggu berikutnya, anak kecil itu mula melakukan perubahan yang sukar untuk dipercayai – dia perlahan-lahan mula bercakap semula, mendapatkan kembali penglihatannya, dan juga mengambil langkah pertama sejak kemalangan itu.

Alesya mengambil masa beberapa bulan untuk berusaha menjadi pulih, tetapi syukurlah Alesya pulih sepenuhnya dari trauma yang dihadapinya.

Keluarga itu dapat “bangun” daripada apa yang mula kelihatan seperti mimpi buruk untuk sepanjang hayat. Usaha Ruslan yang tidak henti-henti dan keengganan untuk menyerah kalah pada anak kesayangannya itu menjadi bualan ramai di seluruh dunia.

Kredit: Faith It

Hari ini, Alesya membesar dengan baik, dan menjadi seorang pejuang kecil yang cantik, seperti ayahnya.

Sumber: Faith It

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds