Di dunia yang luas ini, terdapat tiga jenis pengguna komputer. Pertama, pengguna yang menggunakan tetikus, kedua yang menggunakan papan kekunci dan yang terakhir sekali adalah yang lebih cenderung untuk berkomunikasi dengan Cortana atau Siri.

Walau bagaimanapun cara yang anda gunakan untuk menggunakan komputer dalam kehidupan seharian, anda tidak boleh menafikan bahawa terdapat beberapa pintasan tertentu yang tidak anda ketahui yang mana ianya membolehkan anda untuk mencapai sesuatu objektif dengan hanya satu klik!

Helah-helah yang akan kami bongkarkan ini pastinya dapat memberikan pengalaman komputer baharu dan akhirnya dapat meningkatkan produktiviti kerja anda…

#1 Ctrl + T untuk membuka tab baharu

Kredit: Depositphotos.com

Membuka tab baharu adalah satu perkara yang biasa kita lakukan untuk menyelesaikan beberapa kerja dalam satu masa ketika melayari internet. Kebiasaannya, kita akan membuka tab baharu dengan menggunakan tetikus tetapi sebenarnya, anda cuma perlu menekan butang ‘ctrl’ dan butang huruf T. Jika anda menggunakan MacBook, anda perlu menekan butang ‘command’ bagi menggantikan ‘ctrl’.

#2 Buat carian di Google jika menghadapi masalah berkaitan komputer sebelum pergi ke kedai membaiki komputer

Kredit: Google.com

Kebanyakan masalah IT boleh diselesaikan dengan mudah. Tetapi, apabila situasi itu berlaku kepada diri kita, ramai yang akan menjadi panik dan segera menuju ke kedai komputer berdekatan.

Sebelum berbuat demikian, adalah disarankan supaya anda membuat carian di Google terlebih dahulu untuk mengetahui punca dan cara penyelesaian masalah komputer anda. Cara ini mungkin dapat menjimatkan duit dan juga masa.

#3 Pengecasan akan menjadi lebih cepat jika ditetapkan pada mod pesawat (airplane mode)

Kredit: © Depositphotos.com   © rawpixel / pixabay   © michaljamro / pixabay

Apabila komputer riba anda berada dalam mod pesawat, segala ciri lain seperti Wi-Fi dan juga Bluetooth tidak boleh digunakan. Cara ini membolehkan pengecasan berlaku dengan lebih pantas sekitar 10 ke 15 minit.

#4 Muat turun imej Google secara automatik dengan menekan butang Alt dan gambar

Kredit: © OpenClipart-Vectors / pixabay   © JJuni / pixabay

Kebanyakan individu akan menekan butang kanan pada tetikus dan memilih ‘save’ untuk memuat turun gambar. Cara yang lebih mudah adalah dengan menekan Alt dan butang kiri pada imej yang ingin dimuat turun. Imej berkenaan akan dimuat turun secara automatik di dalam folder Downloads.

#5 Ketahui siapa yang curi-curi menggunakan Wi-Fi anda

 

View this post on Instagram

 

The best wifi name ever #wifi #stealingwifi #wishihadmyown

A post shared by Charlotte Martins (@hashtagcharly) on

Sangat menjengkelkan hati apabila terpaksa berhadapan dengan internet yang lambat gara-gara ada seseorang mengambil kesempatan dengan menggunakan Wi-Fi anda bukan? Jika anda tidak mahu menukar kata laluan tetapi pada masa yang sama mahu mengenal pasti siapa pencuri itu, anda harus memuat turun Who Is on My Wi-Fi.

#6 Anda boleh mendapatkan semula fail yang telah dipadamkan walaupun anda telah membersihkan ruangan recycle bin

Kredit: ccleaner.com

Kadangkala kita tersilap langkah dan menyedari bahawa segala fail yang telah dibersihkan di dalam recycle bin itu adalah fail penting yang masih diperlukan. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun Recuvasejenis program terbaik untuk mendapatkan semula fail yang telah dipadamkan.

#7 Ctrl + Q untuk keluar daripada browser web anda

Kredit: Depositphotos.com

Dengan hanya menekan dua butang ini, anda dapat keluar daripada internet dengan mudah dan cepat.

#8 Ctril + I untuk mengubah tulisan menjadi italics

Kredit: Depositphotos.com

Anda boleh menggunakan gabungan dua butang ini untuk mengubah tulisan biasa menjadi italics.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds