Dalam zaman moden ini, manusia semakin mementingkan pendidikan. Namun, pergi ke sekolah bukan pengalaman yang sama untuk setiap orang. Malah, cara yang dikendalikan oleh sekolah mungkin berbeza bergantung pada tempat tinggal anda.

Mungkin beberapa perkara yang anda rasakan sebagai normal di tempat tinggal anda adalah sesuatu yang asing bagi masyarakat di tempat yang lain. Misalnya, di Jepun, pelajarnya tetap akan berpindah ke peringkat gred yang berikutnya walaupun gagal dalam kelas atau mempunyai kehadiran yang kurang baik kerana penekanan yang lebih besar diberikan pada peperiksaan kemasukan ke sekolah.

Oleh itu, melalui entri ini, kami akan berkongsi dengan anda 15 fakta menarik berkaitan dengan sekolah di seluruh dunia.

1. Sekolah di bawah jambatan di New Delhi

Kredit: AP/East News

Di bawah jambatan metro Delhi, terdapat sebuah sekolah tanpa apa-apa dinding. Sekolah percuma ini menawarkan pendidikan kepada anak-anak buruh migran yang miskin, pekerja gaji harian, dan petani bermusim.

2. Pelajar Korea Selatan boleh berada di sekolah sehingga 16 jam sehari

Kredit: Whit Altizer/IBT

Di Korea Selatan, waktu persekolahan yang biasa berlangsung dari jam 8 pagi hingga 4 petang, yang tetap agak lama berbanding kebanyakan negara lain. Walau bagaimanapun, ramai pelajar juga menghadiri sekolah persendirian pada waktu petang dari pukul 6 petang hingga 9 malam untuk ulang kaji pelajaran yang intensif.

3. Di Jepun, beberapa sekolah menawarkan pakaian seragam uniseks

Kredit: donsumada/Instagram

Pakaian seragam sekolah di Jepun menerima perubahan baru-baru ini, yang mana pakaian seragamnya adalah bersifat uniseks. Pada mulanya pakaian seragam jenis ini hanya digunakan di beberapa sekolah sahaja, tetapi kini Jepun berniat untuk menggunakan pakaian seragam uniseks sebegini di semua sekolah di Jepun pada masa yang akan datang.

4. Di Bangladesh, kadang-kala sekolah dijalankan di atas bot

 

View this post on Instagram

 

#KunléAdeyemi #NLÉ #floatingschool on the water at #BiennaleArchitettura2016

A post shared by @ steffenboddeker on

Kredit: steffenboddeker/Instagram

Sekitar 70% daripada jumlah kawasan tanah Bangladesh adalah kurang daripada satu meter di atas paras laut dan mempunyai populasi besar kanak-kanak sekolah, jadi penduduknya perlu kreatif apabila sekolah-sekolah tempatan terlibat dengan bencana banjir. Cara terbaik untuk melindungi sekolah semasa banjir adalah dengan mewujudkan sekolah di atas bot. Sekolah terapung ini biasanya dikuasakan oleh panel solar.

5. Pelajar Belanda memulakan sekolah pada hari lahir yang keempat mereka

Kredit: Depositphotos.comDepositphotos.com

Di Belanda, kanak-kanak mula bersekolah pada hari lahir yang keempat mereka. Hal ini adalah supaya pelajar mula bersekolah dengan tahap mental yang sama seperti rakan sekelas mereka.

6. Pemakaian kasut bukan perkara wajib di sekolah-sekolah Oceanic.

Kredit:  Pixabay.com

Di sesetengah negara Oceania, seperti Australia dan New Zealand, pelajar tidak perlu memakai kasut di sekolah. Selalunya, pelajar dikehendaki tiba dan pulang dengan memakai kasut, tetapi mereka tidak diwajibkan untuk memakai kasut sepanjang waktu persekolahan. Walau bagaimanapun, peraturan ini bergantung kepada cuaca.

7. Terdapat sebuah sekolah di Scotland yang memerlukan pelajar lelaki memakai kilt sebagai sebahagian daripada pakaian seragam mereka

Kredit: Pixabay.com

Di seluruh dunia, kanak-kanak perempuan sering memakai skirt yang menyerupai kilt sebagai sebahagian daripada pakaian seragam sekolah rasmi. Di Scotland, terdapat sebuah sekolah bernama James Gillespie yang memerlukan pelajar lelaki memakai kilt. Dilaporkan, pelajar lelaki sekolah sangat suka dengan pemakaian kilt sehingga sokongan untuk perubahan itu dilakukan sebulat suara.

8. Di Tokyo, kanak-kanak boleh diminta untuk memakai topi khas semasa berjalan ke sekolah

Kredit: Halit Yetkin/Facebook

Di sesetengah negara di seluruh dunia, kanak-kanak biasanya berjalan ke sekolah, terutamanya di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, selama bertahun-tahun, sekolah telah melaksanakan pelbagai cara untuk melindungi anak-anak mereka semasa perjalanan ke sekolah. Di Tokyo, selepas kawasan itu terjejas oleh tsunami dan gempa bumi, kanak-kanak telah diminta untuk memakai penutup kepala khas ketika berjalan ke sekolah dan pulang ke rumah.

9. Di India, terdapat pelbagai jenis cara kanak-kanak pergi ke sekolah

Kredit: Aman Vats/Twitter

Cara kanak-kanak ke sekolah di seluruh dunia adalah tidak sama. Di India, misalnya, kanak-kanak pergi ke sekolah dengan kereta lembu, kereta kuda, beca, basikal, pengangkutan awam, dan bas sekolah swasta.

10. Di Jerman, terdapat sebuah sekolah yang berbentuk seperti kucing gergasi

Kredit: Zonk43/Wikimedia Commons

Terdapat semua jenis sekolah di seluruh dunia: yang besar, yang kecil. Di Jerman, terdapat sekolah yang berbentuk seperti kucing putih gergasi. Tadika Wolfartsweier di Karlsruhe membolehkan kanak-kanak memasuki mulut kucing, belajar dan bermain di dalam perut kucing, dan keluar daripada bangunan itu melalui ekor kucing itu, yang dalam masa yang sama adalah papan gelongsor.

11. Pelajar di sebuah sekolah di Ohio ini belajar di dalam meja kubikel

Kredit: The Hechinger Report

Sekolah adalah tempat untuk melatih pelajar bagi menghadapi dunia sebenar, dan sesetengah sekolah sebenarnya berusaha lebih keras daripada yang lain untuk memberi gambaran yang tepat kepada pelajar. Sebuah sekolah yang dikenali sebagai sekolah Carpe Diem membolehkan para pelajarnya belajar dalam ruangan yang menyerupai ruang kerja. Sekolah-sekolah sebegini telah menjadi terkenal dan berkembang di Amerika Syarikat, yang seterusnya muncul di Texas, Ohio, dan Indiana.

12. Di Rusia, hari pertama sekolah adalah satu hari cuti yang besar

Kredit: Facebook

Di Rusia, hari pertama persekolahan digelar sebagai Hari Pengetahuan dan merupakan peristiwa yang besar. Hari pertama sekolah adalah pada 1 September, tidak kiralah andainya tarikh itu jatuh pada hari cuti atau hari hujung minggu. Pada hari tersebut, terdapat perhimpunan dengan muzik, puisi, dan ucapan inspirasi. Kanak-kanak perempuan memakai reben dan kanak-kanak akan memberikan bunga kepada guru mereka.

13. Sesetengah negara menawarkan tadika di luar bangunan

Kredit: weefolkforest/Instagram

Tadika hutan membolehkan kanak-kanak menjalani kelas di luar bangunan sambil menghargai keindahan alam. Jenis sekolah ini muncul di seluruh dunia seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, dan Republik Czech.

14. Kanak-kanak tundra Artik pergi ke sekolah dengan menaiki helikopter

 

View this post on Instagram

 

Полет на МИ-8 то ещё удовольствие, хочу я вам сказать. 4 часа беспрерывной тряски, шума, духоты и с остановками в пути. И это нам ещё “повезло”- в этот день был сильный ветер- летели с трудом, очень медленно, а потому израсходовали много топлива и остановились только единожды- в Каратайке (промежуточный поселок между Нарьян-Маром и Амдермой), чтобы загрузить еду и передать ее на остров Вайгач, где живут 50 оленеводов. А так остановок могло бы быть ещё больше. Из Нарьян-Мара до Амдермы лететь 4 часа на вертолете! Во время штиля чуть поменьше- около 3х. Когда кому-то сильно плохо, вызывают “неотложку”- все тот же вертолет из Нарьян-Мара, если не успели долететь, то все…В самом поселке есть только один фельдшер, который делает всё возможное и невозможное, чтобы обойтись без вертолета или как угодно потянуть время. Такая же ситуация с беременными. Примерно за месяц до родов вертолет забирает всех пузатых и отвозит в Нарьян-Мар- как они летят 4 часа на МИ-8, будучи глубоко беременными, я не представляю. Пассажирские рейсы случаются раз в неделю, по субботам. Но это не точно. Из-за сильного ветра или по любым другим причинам (читай предыдущий пост) вертолет могут отменить. А так как летает сюда только Нарьян-Марский Авиаотряд, то альтернативных вариков нет. Раньше были- Нордавиа и Турухан, но одни отказались от полетов сюда сами (полагаю,что из-за нерентабельности), у других отобрали лицензию (по слухам). Мудрые люди, живущие в Амдерме весело отшучиваются, говоря, что ничего нельзя планировать. Люди в этих краях вообще, на удивление, полны какого-то неиссякаемого оптимизма. Но это тема для следующего поста. P:S билет на вертолет в один конец, кстати, стоит 10 тыщ… #амдерма #север #крайнийсевер #нао #ненецкийавтономныйокруг #ненцы #оленеводы #вайгач #арктика #каратайка #вертолет #ми8 #тундра #новаяземля #границароссии #россия #неизведаннаяроссия #суроваяроссия #amderma #arctic #tundra #bears #north #russia #abandonedrussia #farfrommoscow #travelblogger #deer #helicopter #sever_nao

A post shared by Ilona Linart (@ilonalinart) on

Kredit: ilonalinart/Instagram

The Nenets adalah orang yang tinggal di Arktik dan mereka beralih ke sekolah berasrama penuh kerajaan untuk membantu anak-anak mereka mendapatkan pendidikan. Helikopter membantu untuk mengambil anak-anak dan membawa mereka ke sekolah di mana mereka tinggal selama 9 bulan sebelum pulang ke rumah. Jelas sekali, mereka tidak menggunakan helikopter setiap hari, tapi dua kali setahun adalah bilangan yang lebih banyak daripada kebanyakan pelajar di negara lain.

15. Di Brooklyn, terdapat sebuah sekolah yang tidak mempunyai gred, ujian, atau kerja rumah

Kredit: Brooklyn Free School/Facebook

Semua kanak-kanak berharap mereka boleh menghadiri sekolah tanpa ujian atau kerja rumah. Sekolah Percuma Brooklyn, yang diilhamkan oleh sekolah progresif yang sama dari tahun 1960-an, tidak mempunyai ujian, gred, atau kerja rumah. Kelas juga adalah sesuatu yang tidak wajib. Pelajar juga mengambil bahagian dalam tadbir urus sekolah dengan undi mereka dikira sama dengan kakitangan sekolah.

Adakah anda tahu mengenai sekolah-sekolah ini? Ataupun anda punyai maklumat aneh yang mungkin berlaku di sekolah anda?

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds