Pada 29 September yang lalu, seorang pengguna Facebook bernama Matthew Daughters telah mengongsikan satu peristiwa penyelamatan seekor anjing terbiar yang sangat menyentuh hati…

Menurut perkongsian tersebut, Matthew telah dihubungi oleh seorang wanita bernama Kristine Mills Munir yang telah lama mencuba untuk menyelamatkan anjing berkenaan untuk dibawa ke pusat perlindungan. Sekitar tiga tahun masa diambil bagi wanita berkenaan untuk mencapai matlamatnya itu tetapi tidak pernah berjaya.

Kisahnya bermula apabila pada suatu hari, wanita ini telah melihat anjing yang kemudiannya diberi nama Lulu itu sedang merayau-rayau. Didorong oleh sifat penyayang yang tinggi terhadap haiwan, wanita ini segera berlari ke dalam rumahnya untuk mengambil makanan anjing.

Sejak itu, setiap hari pada waktu pagi dan petang wanita ini akan memberikan Lulu makan di luar pagar rumahnya. Rutin ini berterusan selama tiga tahun lamanya.

Menurut Kristine lagi, dia telah mencuba pelbagai perkara untuk membantu menyelamatkan Lulu namun Lulu adalah seekor anjing yang sangat bijak!

“Kami telah mencuba pelbagai cara tetapi Lulu sangat pintar. Lulu tidak mahu ditangkap. Tetapi saya enggan menyerah kalah. Saya merasakan Lulu layak untuk terus disayangi dan diberi makan.”

 

Tambah Kristine lagi, “Pada musim sejuk, kami membina rumah untuknya tetapi saya rasa Lulu tidak pernah gunakan rumah itu. Kami menyediakan tikar, tulang dan semangkuk makanan untuknya di rumah anjing itu.”

Jelas Kristine, dia percaya bahawa Lulu tahu bahawa Kristine banyak membantu menjaga kebajikannya selama ini. Namun, terdapat beberapa kali Lulu tidak memunculkan dirinya di rumah Kristine dan hal ini ternyata membuatkan dia berasa patah hati.

 

“Saya akan bangun tidur sambil menangis mengenangkan Lulu sedang bersendirian di luar sana. Sehinggalah pada suatu hari, seseorang telah menghubungi Matthew untuk datang dan membantu saya.”

Matthew merupakan seorang pencinta haiwan dan telah menyelamatkan banyak anjing yang sedang kesusahan… Bagaimanapun, Matthew mengakui misi untuk menyelamatkan Lulu merupakan cabaran yang paling menduga buatnya.

 

Kata Matthew, “Pertama kali saya melihat Lulu, saya terus merasakan bahawa saya perlu mencarinya seolah-olah ia adalah perkara terakhir yang perlu saya lakukan.”

Matthew berazam untuk meraih kepercayaan Lulu dan memutuskan untuk memberi Lulu makan pada setiap hari. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Matthew bagi membolehkan dirinya mendekati Lulu tanpa menakutkan anjing itu.

 

Antaranya, Matthew akan berbaring di padang rumput sambil memegang bungkusan makanan anjing. Kemudian, Lulu akan datang menghampiri Matthew dan mengambil makanan itu daripada tangan Matthew sendiri.

Kredit: Facebook Matthew Daughters

“Kemudian, saya sedar Lulu sudah semakin tua. Penglihatannya mulai kabur. Jadi, saya tahu saya perlu mendapatkannya pada waktu itu juga.”

 

Justeru, Matthew telah menyediakan satu perangkap. Sebaik sahaja Lulu mendekatinya untuk mengambil makanan, Matthew menarik tali untuk mengelakkan Lulu daripada melarikan diri. Namun, Matthew berjaya menenangkan Lulu dan kejayaan ini membuatkan Matthew sedikit tersentuh.

 

Selain Matthew, Kristine turut terkesan dengan penangkapan Lulu. Sebaik sahaja dia melihat Matthew berjaya menangkap Lulu, Kristine tahu Lulu tidak lagi akan berada dalam jagaannya. Dia juga tidak akan dapat melihat Lulu setiap hari.

 

Tempoh tiga tahun menjaga Lulu telah membina perasaan kasih sayang sejati di antara manusia dan anjing ini…

Lulu juga menjadi semakin jinak dan mahu dibelai. Melihat prubahan positif itu, mereka tahu bahawa Lulu sudah bersedia untuk mempunyai keluarganya sendiri dan dua adik-beradik iaitu Molly dan Laura Darling berminat untuk menjadikan Lulu sebagai haiwan kesayangan mereka…

Kredit: Facebook Matthew Daughters

 

“Sebaik sahaja Laura dan Molly melihat video dan gambar itu, mereka terus meminta agar Lulu dibawa kepada mereka,” kata Matthew.

Kredit: Facebook Matthew Daughters

Meskipun Lulu kini hidup bahagia bersama keluarga baharunya, Matthew dan Kristine tetap mengunjungi anjing itu dan memberikan pelukan hangat serta belaian yang mesra.

Penamat yang membahagiakan buat Lulu!

Sumber: The DodoMatthew Daughters/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds