KUALA LUMPUR – Skuad silat negara menampilkan aksi cemerlang apabila menambah dua lagi pingat emas pada hari terakhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-18 di Arena OCBC di Singapura pada Ahad, 16 Disember.

Tambahan dua emas itu menyaksikan Malaysia mengumpul keseluruhan tiga emas setelah gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga meraih pingat emas dalam acara silat seni regu putra pada hari pertama pertandingan pada Khamis lalu.

Kredit : Bernama/Astro Awani

Aksi pada 16 Disember menyaksikan juara dunia, Siti Rahmah Mohamed Nasir menepati ramalan apabila mengekalkan pingat emas dalam kelas Puteri E (51-54 kg) selepas mengalahkan pesilat Rizka Andini dari Indonesia dengan mata 5-0.

Ini merupakan pingat emas keempat yang diraih oleh Siti Rahmah, anak jati kelahiran Terengganu, selepas menjuarai tiga edisi kejohanan terdahulu pada tahun 2012, 2015 dan 2016.

Kredit : @AtletMalaysia/Twitter / Astro Awani

Terdahulu, pesilat negara Mohamad Hazmi Amzad mencipta kejutan selepas memenangi pingat emas kelas Putera C (45-48kg) dengan mengalahkan pesilat dari Thailand, Adilan Chemaeng dengan mata 4-1 pada aksi pertarungan akhir.

Sementara hasrat seorang lagi wakil pesilat negara, Nor Farah Mazlan untuk meraih emas tidak kesampaian apabila tewas dengan mata 2-3 kepada pesilat dari Indonesia, Suci Wulandari pada aksi final kelas Puteri A (39-42kg).

Sumber : BERNAMA , Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL SUKAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds