Pada 9 Disember lalu sekitar jam 3 pagi, seorang gelandangan lelaki bernama Cesar berjalan menuju ke sebuah hospital di Brazil untuk mendapatkan rawatan bagi keadaan kesihatannya yang kronik yang dialaminya.

Satu status di Facebook telah menjadi tular di mana seorang jururawat Chris Mamprim berkongsi sebuah kisah menyentuh hati yang berlaku ketika dia bertugas.

Kredit: Facebook

Semasa Cesar mendapatkan rawatan, jururawat mendapati empat ekor anjing jalanan menunggu Cesar dengan sabar di luar pintu hospital.

Rupa-rupanya anjing -anjing tersebut adalah kawan-kawan Cesar.

Status Facebook Mamprim telah dikongsi sebanyak 78 ribu perkongsian dan 128 ribu tindak balas.

Kredit: Facebook

Menurut Mamprin kepadaThe Dodo, dia mendapat tahu bahawa ada kalanya Cesar tidak makan supaya dia dapat memberi makan kepada anjing-anjing tersebut. Kata Mamprin lagi, anjing-anjing itu dijaga dengan baik dan sihat.

“Seorang yang sederhana, tanpa kemewahan, yang bergantung pada pertolongan untuk mengatasi kelaparan, kesejukan, kesakitan, kejahatan dunia, mempunyai sahabat yang baik di sisi dan mendapat pertukaran secara timbal balik,” tulis Mamprin di facebook.

Kredit: Dodo

Nampaknya anjing-anjing tersebut menunggu selama 1 jam sehingga rakannya, Cesar selesai mendapatkan rawatan.

Kata Mamprim lagi, “melihatkan mereka begitu, menunggu di luar pintu, hanya menunjukkan betapa mereka dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang.”

Mamprim dan pekerja-pekerja hospital yang lain berasa tersentuh hati ketika mereka membenarkan anjing-anjing tersebut masuk untuk makan bersama Cesar.

“Percayalah saya, dia (Cesar) makan sedikit dan menyimpan selebihnya untuk diberikan kepada anjing-anjing itu kemudian,” kata Mamprim menurut Dodo.

Sumber: SAYS, The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds