Bilakah kali terakhir anda berbual dengan orang tua di rumah? Sayang dan peduli terhadap orang tua kita sentiasa menjadi perkara yang mudah untuk dilafazkan tetapi sukar untuk dilakukan.

Kita hidup dalam masyarakat yang berkembang maju dan begitu sibuk dengan kehidupan seharian sehingga kurang mempunyai masa bersama keluarga. Sudah banyak kali kita mengabaikan mereka yang penuh kerinduan dan apa yang mereka harapkan adalah perhatian.

Namun seorang gadis dalam kisah ini ternyata berbeza sekali. Ketika dia masih kecil, ibu bapanya telah meninggalkannya bersama neneknya sementara mereka mencari rezeki di bandar. Kini, gadis tersebut telah dewasa dan tidak melupakan orang tua yang sentiasa berada di sisinya selama ini.

Gadis ini sudah mempunyai restorannya sendiri dan memutuskan untuk sentiasa berada di sisi neneknya yang berusia 88 tahun itu dan tidak akan membiarkannya bersendirian.

Nenek gadis ini tidak dapat berjalan jauh, oleh itu gadis tersebut akan mendukung neneknya ke restoran mereka.

Kata gadis ini, semasa kecil neneknya tidak pernah meninggalkannya dan kini dia akan sentiasa berada di sisi neneknya.

Masa bersama nenek adalah saat yang paling indah buat gadis ini.

Setiap orang bimbangkan nenek yang telah lama hidup di kampung mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar.

Tetapi gadis itu berpendapat bahawa perubahan keadaan sekitar bukanlah perkara yang buruk. Terdapat juga ramai orang yang berbual dengan neneknya. Dia begitu menikmati kehidupannya sekarang.

Nenek gemar duduk di luar restoran untuk melihat orang yang datang dan pergi, inilah hobi nenek.

Nenek juga berkata bahawa kini dia sangat gembira tanpa apa-apa kehilangan.

Bukan semua orang berpeluang untuk menjaga orang tua mereka tetapi menziarahi mereka sekali-sekala dan berhubung melalui panggilan telefon memberikan perbezaan yang besar.

Mungkin orang tua kita tidak memerlukan 24 jam penjagaan tetapi meluangkan sedikit masa dan memberi perhatian kepada mereka adalah apa yang mereka harapkan sebenarnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds