Kebanyakan pemilik anjing adalah orang yang bekerja mengikut waktu pejabat dan disebabkan itu mereka terpaksa berjauhan dengan haiwan peliharaan mereka dan kurang mempunyai masa untuk bermain bersama.

Oleh itu, untuk menghilangkan rasa kesunyian anjing peliharaan, sebuah keluarga merancang untuk membawa pulang teman baharu untuk anjingnya.

Anjing golden retriever ini mengikut arahan tuannya untuk duduk diam sementara si ibu membawa ‘hadiah’ masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja melihat ada anak anjing golden retriever di dalam kotak tersebut, anjing dewasa ini melompat kegembiraan dan berguling-guling di atas lantai!

Kelihatan jelas bahawa anjing golden retriever dewasa ini sangat menyukai dan menyayangi teman baharunya itu. 

Netizen berasa sangat kagum apabila melihat video reaksi anjing golden retriever yang begitu teruja selepas mendapat teman baharu.  Pasti anjing tersebut tidak akan berasa kesunyian lagi apabila tuannya pergi bekerja.

Kredit: PP/Youtube

Sumber: COCOPP/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds