Pasti ramai ibu bapa pernah merasakan diri mengalami sedikit kesukaran apabila membuat pilihan membeli hadiah yang paling menarik dan menggembirakan hati anak mereka semasa sambutan hari jadi mahupun hari perayaan lain yang memerlukan pemberian hadiah.

Jika membeli hadiah terlalu mahal terutama buat si kecil, sudah pasti hadiah itu akan dilupakan tidak lama kemudian apabila mendapat barang permainan lain yang baru. Tambah melucukan apabila ada di kalangan si kecil yang langsung tidak mempedulikan isi hadiah itu, tetapi hanya berminat dengan kotak bungkusannya yang cantik. Namun, tidak semua si kecil bersikap seperti itu.

Kredit : New York Post / YouTube

Ibu bapa bagi si kecil Finlay Strafford telah membuat keputusan untuk memberi kejutan pelbagai hadiah permainan untuk hari jadi anak kesayangan mereka yang berusia 3 tahun, dan membentangkannya di hadapan ruang tamu. Mereka hanya mahu melihat reaksi gembiranya tetapi tidak menjangka respon rasa terharu dan bersyukur Finlay menghargai pemberian hadiah itu akan menyebabkan hati semua orang berasa tersentuh.

Kredit : New York Post / YouTube

Finlay menunjukkan ekspresi wajah berasa bagai tidak percaya, dan secara tiba-tiba hatinya menjadi sungguh terharu dengan kejutan timbunan hadiah untuk hari jadinya sambil mengalirkan air mata gembira.

Kredit : New York Post / YouTube

Finlay berkata, “Minta maaf…” sambil mengesat air matanya kerana berasa malu dan terlalu gembira menerima kejutan itu. Apa yang pasti, dia bukannya merungut dan tidak suka tetapi menghargai kesemua hadiah pemberian ibu dan bapanya.

Kredit : New York Post / YouTube

Reaksi si kecil Finlay yang sangat manis dan menyentuh hati. Dia masih terlalu kecil tetapi sudah tahu berfikir untuk menghargai dan rasa bersyukur. Hasil didikan yang baik daripada ibu bapanya.

Lihat rakaman video comel yang menyentuh hati ini di bawah.

Kredit : New York Post / YouTube

Sumber : New York Post / YouTubeFaith Tap

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds