Roti adalah makanan yang menjadi kegemaran ramai orang kerana pelbagai menu masakan yang boleh diaplikasikan dengan menggunakan roti sebagai bahan asas.

Roti sardin, roti telur, roti piza, puding roti dan lain-lain sentiasa menjadi pilihan utama untuk sarapan atau minum petang.

Kali ini, seorang pengguna Facebook Atika Aula berkongsi resipi roti milo goreng yang keras di luar tetapi lembut di dalam. Mari lihat cara-cara membuat roti milo goreng yang mudah, ringkas dan lazat tersebut.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah roti kosong, milo dan air suam. Cara-caranya ialah seperti berikut.

1. Lenyekkan roti dengan menggunakan kayu pelenyek atau cawan atau gelas. Apabila roti telah dilenyekkan, ia akan menjadi padat dan kurang menyerap minyak apabila digoreng.

2. Bancuh serbuk milo dengan likat dengan menggunakan air suam. Jika terlalu cair, roti akan menyerap milo tersebut.

3. Letakkan adunan milo tadi di atas roti sebagai inti. Untuk mengelakkan daripada milo meleleh ketika digoreng, jangan letak inti milo terlalu banyak. Jika inti diletak terlalu banyak, roti juga akan sukar ditekapkan kemudian.

4. Tekapkan roti menggunakan cawan bulat dan asingkan lebihan tepi roti.

Anda juga boleh melipat roti tersebut menjadi segi empat tepat dan kelim dengan menggunakan garpu seperti dalam gambar.

5. Goreng roti tersebut dalam minyak panas. Pastikan minyak betul-betul panas supaya roti tidak menyerap minyak. Goreng roti sehingga bertukar warna keperangan sahaja, kemudian angkat dan toskan.

Inilah hasil roti milo goreng tersebut.

Roti tersebut nampak keras diluar tetapi lembut di dalam. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook | Atika Aula

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds