Perlawanan akhir antara Malaysia menentang Vietnam untuk Piala AFF Suzuki baru sahaja berlangsung pada malam Sabtu lalu di mana pasukan negara hanya mampu berpuas hati apabila meraih gelaran naib johan.

Walaupun berlangsung di Hanoi, namun ia tidak sama sekali menghalang penyokong-penyokong tanah air untuk turut bersama-sama ke sana bagi memberikan semangat kepada pasukan Malaysia.

Turut bersama-sama turun padang adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq, di mana beliau difahamkan turut memerhatikan sistem penjualan tiket yang diamalkan di sana.

Kredit: syedsaddiq

Syed Saddiq juga memuji pelaksanaan penjualan tiket di Vietnam menerusi akaun Instagram miliknya apabila beliau sendiri merasai sendiri pengalaman berurusan menggunakan sistem di sana.

Beliau turut kesal dengan kaedah penjualan tiket ketika perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil yang bermasalah dan tidak berjalan dengan lancar sehingga menyebabkan kesesakan di samping terdapat ramai penyokong yang tidak berjaya mendapatkan tiket mereka, serta terdapat juga individu yang mengalami kecederaan.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, Syed Saddiq turut mengumumkan bahawa sistem baru penjualan tiket yang lebih selamat dan efisien akan diperkenalkan kelak.

Sumber: Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL SUKAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds