Kita semua pernah atau akan berada dalam situasi yang menggerunkan itu… “pertemuan dengan bakal mentua”. Selalunya, saat itu adalah saat yang terasa begitu janggal dengan pelbagai soalan yang tidak disangka-sangka, tetapi, untuk seorang pemuda ini, saat bertemu dengan bakal mentuanya adalah sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan selama ini.

Kredit: Imgur/Igloo building

Inilah Daniel Grey. Sama seperti ramai pemuda yang lain, Daniel mempunyai impian untuk meyakinkan ibu bapa teman wanitanya dengan harapan dapat memenangi hati mereka. Walau bagaimanapun, projek besar yang dirancang oleh bakal ibu mentuanya adalah sesuatu yang sangat luar biasa dan tidak pernah dibayangkan olehnya.

Kredit: Imgur/Igloo building

Daniel mengembara dari rumahnya di New Zealand untuk bertemu (dan menarik perhatian) kedua ibu bapa teman wanitanya Kathleen Starrie di Kanada. Tanpa pengetahuannya, ibu Kathleen, Brigid Burton telah merangka agenda lawatannya sebelum ketibaannya di Kanada.

Kredit: Imgur/Igloo building

“Saya mahu dia sentiasa ada sesuatu untuk dilakukan, yang bukan dilakukan dengan anak perempuan saya sahaja, saya mahu menjadikan dia sibuk dengan sesuatu yang lain. Saya tidak mahu Daniel hanya menggerakkan ibu jarinya ketika dia berada di Kanada jadi saya fikir, sesuatu perlu dilakukan olehnya,” akui Brigid dengan mata yang bercahaya.

Daniel tidak tahu menahu langsung tentang apa yang bakal dilalui olehnya!

Kredit: Imgur/Igloo building

Brigid mengumumkan rancangannya, dan projek pembinaan iglu dalam tempoh lima hari bermula. Daniel dan krewnya (Kathleen, keluarga Kathleen, dan jiran tetangga Kathleen) menggunakan blok ais yang berwarna-warni untuk membina kubu mereka. Mereka membuat blok ais dengan mengisi air ke dalam kotak susu kitar semula, menambah pewarna, dan membekukannya.

Lapisan pertama iglu yang masih menyeronokkan.

Kredit: Imgur/Igloo building

Daniel dan Kathleen perlu memberi sepenuh perhatian untuk projek besar ini. Lagipula, mereka sedang membina IGLU… pada bulan DISEMBER… di KANADA!

Kredit: Imgur/Igloo building

Kami pasti Daniel tetap berasa seronok walaupun mungkin menerima sedikit tekanan kerana mahu mencuri hati kedua ibu bapa teman wanitanya!

Kredit: Imgur/Igloo building

Pasangan muda itu dapat menghabiskan masa yang berkualiti bersama semasa pengembaraan ais yang sejuk ini, dan itu adalah cara yang sempurna bagi Daniel untuk mengenali keluarga Kathleen.

Kredit: Imgur/Igloo building

Corak unik blok ais yang berwarna-warni ini benar-benar menjadikan iglu yang satu ini satu perkara yang sangat menarik!

Kredit: Imgur/Igloo building

Dengan melihat senyuman di wajah ibu bapa teman wanitanya menjadikan Daniel seorang lelaki yang bahagia!

Kredit: Imgur/Igloo building

Sebuah bilik dengan pemandangan yang menakjubkan…

Kredit: Imgur/Igloo building

Sebuah binaan iglu yang luar biasa dan sangat cantik!

Selepas bekerja keras dalam cuaca yang sangat sejuk selama lima hari yang panjang, mereka membawa masuk cahaya ke dalam igloo, yang serta merta mewujudkan pemandangan yang menakjubkan!

Kredit: Imgur/Igloo building

Kredit: Imgur/Igloo building

Daniel sememangnya bangga dengan hasil kerja yang dilakukannya, tetapi dia juga sangat gembira kerana ditemukan dengan keluarga teman wanitanya yang sangat luar biasa!

Kredit: Imgur/Igloo building

“Pembinaan ini memerlukan banyak kerja, jadi memang seronok untuk berada di sana,” kata Daniel, “Mereka bergurau dengan mengatakan bahawa saya perlu tidur di dalamnya tetapi, saya tidak fikir hal itu akan berlaku.”

Kredit: Imgur/Igloo building

Tahniah Daniel, kamu sememangnya telah melakukan suatu kerja yang sangat hebat!

Sumber: Faith Tap

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds