KUALA LUMPUR – Amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Sabah sehingga hari Selasa, 18 Disember ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 17 Disember angin kencang dengan ukuran berkenaan juga dijangka melanda kawasan perairan Tioman, selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan.

Kredit : malaysiannewstv / Gambar Hiasan

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, “Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.”

Sementara itu angin kencang Timur Laut dan laut bergelora berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter juga diramal berlaku di kawasan perairan Samui, utara Condore dan utara Reef North sehingga Selasa ini.

Kredit : Siakap Keli / Gambar Hiasan

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk aktiviti menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sumber : Jabatan Meteorologi MalaysiaBERNAMA

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds