Majlis Agama Islam Thailand telah mengeluarkan arahan larangan perkahwinan bagi kanak-kanak beragama Islam bawah 17 tahun.

Pengumuman larangan baharu Majlis Agama Islam Pusat Thailand (CICOT) ini diumumkan di semua masjid pada 14 Disember yang lalu, menurut Pengarah Pusat Penyelarasan bagi Pejabat Sheikhul Islam dan anggota kanan CICOT, Wisut Binlateh, memetik laporan The Nation.

Kredit: FMT

Peraturan ini seterusnya akan diterjemah di dalam Bahasa Melayu dan maklumat mengenainya akan disebarkan melalui seminar, lapor Thai English Daily.

Peraturan baru ini akan memastikan masjid tempatan tidak memberi kebenaran perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak perempuan berumur di bawah 17 tahun kecuali mahkamah syariah memberi kebenaran atau ibu bapa mereka menandatangani dokumen yang membenarkan perkahwinan itu yang akan diadakan di pejabat jawatankuasa Islam wilayah atau di balai polis tempatan.

 

Menurut liputan tempatan, peraturan baru ini akan mengakhiri amalan yang meluas di wilayah-wilayah majoriti penduduk beragama Islam di selatan di mana kanak-kanak perempuan dikahwinkan oleh ibu bapa yang miskin dengan izin masjid setempat sebaik sahaja gadis itu mula didatangi haid.

Bagaimanapun, tindakan Majlis Islam itu telah mendapat kritikan yang mana tindakan mereka dikatakan sebagai “tidak mencukupi” oleh Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Nasional Angkhana Neelapai-jit, yang mengatakan bahawa tanpa penalti yang ditetapkan untuk pencabulan, peraturan itu lebih dianggap sebagai “meminta kerjasama,” lapor The Nation.

Sumber: SAYSFMT

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds