Tidak kira walau apa jenis spesies haiwan pun, saat kelahiran adalah sesuatu yang sangat ajaib. Namun, antara semuanya, kuda laut pastinya mempunyai sudut unik yang tidak mempunyai pada haiwan-haiwan yang lain.

Kredit: Steven L. Gordon/Shutterstock

Kuda laut yang melahirkan anak adalah kuda laut jantan. Secara dasarnya, telur kuda laut masih lagi dihasilkan oleh kuda laut betina. Kuda laut jantan mempunyai kantung di bahagian perutnya khas untuk membawa telur-telur yang diletakkan oleh kuda laut betina.

Apabila telur-telur itu disimpan di dalam kantung kuda laut jantan, maka lapisan dalam kantung perutnya akan dipenuhi oleh pembuluh darah yang akan membuatkan telur-telur itu menjadi embrio.

Kredit: Edge Davao

Kemudian, embrio-embrio itu akan berkembang dan membesar sehingga menjadi bayi-bayi kuda laut dalam tempoh masa 10 hingga 40 hari. Sebelum proses melahirkan, kuda laut jantan juga bertanggungjawab untuk menyesuaikan kadar garam dalam kantung perutnya dengan air laut agar bayi-bayi kuda laut yang dilahirkan dapat menyesuaikan diri dengan kadar garam air laut.

 Sebaik sahaja semua bayi-bayi kuda laut sudah cukup matang untuk dilahirkan, kuda laut jantan akan melahirkan ribuan bayi-bayi kuda laut dengan cara yang paling menakjubkan.

Kredit: The Dodo/YouTube

Rakaman video kuda laut yang sedang melahirkan ini diambil oleh dua orang penyelam, Meagan dan Clayton, yang sedang menjalankan penyelidikan untuk projek Kuda Laut di Pantai di Teluk Nelson, Australia. Syukurlah mereka memutuskan untuk berkongsi rakaman ini dengan dunia, kerana gambaran ini benar-benar satu perkara yang luar biasa untuk dilihat.

Kredit: Meagan Abele/YouTube

Dasar lautan semestinya menyembunyikan begitu banyak rahsia yang terlalu indah. Terima kasih kepada para penyelidik seperti ini – kita dapat melihat sisi dunia yang menakjubkan di bawah air.

Sumber: Faith Tap, Sainsme

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds