Filipina terkenal dengan kekayaan biologi marin dan fakta terkenal mengenainya adalah lautan di sekelilingnya didiami oleh ribuan spesies akuatik yang jarang dijumpai di lautan yang lain.

Oleh sebab itu, kepulauan Nusantara telah menjadi destinasi pelancongan utama untuk pencinta pantai dan lautan, terutamanya bagi penyelam yang ingin menyaksikan persekitaran akuatik yang luar biasa. Jika diintai di bawah perairan Filipina yang indah, terdapatnya ikan yang paling berbisa dan merupakan salah satu spesies paling dahsyat di dunia.

Kredit: pixabay

Ikan tersebut digelar sebagai ikan batu. Ikan batu juga dikenali sebagai ketua penyamaran. Ikan ini mampu menyembunyikan diri dengan sempurna disebalik persekitarannya dan perkara ini boleh dilakukan kerana kulitnya yang berwarna coklat atau kelabu dengan tompok merah atau kuning, yang dalam masa yang sama menjadikannya kelihatan seperti terumbu karang.

Bukan itu sahaja, ikan ini juga boleh kelihatan seperti batu biasa, jadi penyelam perlu sentiasa berhati-hati dan selalu memakai kasut air untuk melindungi kulit daripada terkena hidupan yang berbahaya ini.

Kredit: Leisurepro

Ikan batu boleh membesar sehingga 20 inci panjang dan boleh mencecah berat sehingga lima kilogram. Ikan batu mempunyai 13 sirip berduri yang tajam, dengan masing-masing mengandungi dua kelenjar racun yang melepaskan beberapa toksin yang terhasil dari protein apabila ikan itu terganggu atau dipijak. Toksin yang terhasil ini sangat kuat sehingga boleh membunuh mangsa dalam masa kurang dari sejam – bergantung kepada sejauh mana penembusannya.

Kredit: Kon Tiki Thailand

Terdapat banyak kematian yang direkodkan yang berpunca daripada ikan batu. Sesiapa yang tidak sengaja memijaknya akan segera menderita sakit dan kaki mereka mula membengkak. Apabila toksin mengalir melalui urat, sistem vaskular mangsa juga akan terjejas dan dalam masa yang singkat, seseorang boleh maut kerana kekurangan oksigen di dalam otak.

Kredit: Gold Coast Bulletin

Ikan batu adalah sejenis ikan yang lain daripada yang lain dan sangat unik. Bukan sahaja disebabkan oleh toksin yang boleh membunuh yang dihasilkan olehnya, malahan ikan batu juga boleh hidup tanpa air selama 24 jam. Oleh itu, jika anda melawat ke pantai Australia atau pantai-pantai di Filipina atau di mana-mana sahaja di rantau Indo-Pasifik, adalah lebih baik sekiranya anda melihat bahawa anda benar-benar melangkahi batu dan bukannya ikan batu yang mampu membunuh ini.

Tetapi, walaupun ikan batu diketahui sebagai ikan yang berbahaya, namun ikan ini masih digunakan sebagai salah satu bahan paling berharga dan sempurna untuk makanan Jepun – Sashimi.

Kredit: Food To Die For/Facebook

Ada sesuatu yang mengejutkan tentang ikan batu. Walaupun ikan ini sangat berbahaya kepada manusia, namun ikan ini sebenarnya digunakan sebagai bahan khas dalam hidangan yang enak. Chef Guy Turland dari siri dokumentari yang meneroka kisah di sebalik tabir insan-insan yang membahayakan nyawa mereka demi sesuap makanan yang berharga di dalam pinggan, “Food to Die For,” menjelajah Pulau Marinduque di Filipina untuk menyingkap kisah ramuan yang paling berbahaya tetapi merupakan salah satu ramuan yang paling mahal di dunia.

Kredit: Food To Die For/Facebook

Chef Guy menerangkan bagaimana ikan yang sangat berbisa ini sebenarnya menyembunyikan isi yang sangat unik dan manis yang sering digunakan untuk hidangan yang sangat lazat. Chef Guy dan sekumpulan nelayan tempatan pergi ke laut dan menyelam sehingga 50 meter ke dalam laut untuk cuba menangkap beberapa ekor ikan batu.

Kredit: Food To Die For/Facebook

Kredit: Food To Die For/Facebook

Di Filipina, ikan batu disajikan di salah satu restoran Jepun yang paling popular dan mahal di negara itu. Sudah tentu, Chef Guy mencuba makanan yang dihidangkan di Restoran Kitsho, di mana ikan batu disediakan dengan berhati-hati, racunnya dikeluarkan, sebelum isinya dihiris untuk menjadi kepingan Sashimi yang tipis dan lazat.

Kredit: Food To Die For/Facebook

Tonton video di bawah ini dan lihat bagaimana ikan batu yang berbahaya dijadikan sajian makanan yang paling berharga:

Kredit: Food To Die For/Facebook

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds