Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan larangan penerbitan “Album Gambar Sejarah Parti Komunis Malaya (I)” pada 7 Disember yang lalu kerana mempunyai unsur cubaan mempromosi dan menyebarkan fakta yang mengelirukan mengenai perjuangan komunis.

Kredit: Fail NSTP/Mohd Fadli Hamzah

“KDN telah mewartakan Perintah Larangan terhadap satu (1) penerbitan melalui satu (1) Warta Kerajaan iaitu P.U.(A) 302 bertarikh 26 November 2018.

Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” memetik kata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan, lapor Awani.

Kredit: Federal Gazette

Berikutan dengan perintah larangan ini, mana-mana individu yang melanggarnya akan dikenakan tindakan tegas.

“Mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8(2) Akta 301 tersebut,” kata kenyataan itu.

Disamping itu, pernerbitan itu juga dilaporkan mengandungi unsur membangkitkan sokongan terhadap perjuangan komunis yang dikatakan telah berjuang bermati-matian demi menuntut kemerdekaan.

“Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai,” kata Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam laporan Bernama.

Mana-mana pihak yang ingin membuat aduan berhubung perkara ini boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan, KDN di talian telefon 03 – 88868047 atau faks 03 – 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

Sumber: Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds