Kira-kira 90 orang di Amerika Syarikat dilaporkan menjadi mangsa akibat banjir, dan separuh daripanya terbunuh di dalam kenderaan mereka. Berikutan hal ini, Khidmat Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat memutuskan untuk menyebarkan peringatan kepada semua orang tentang bahaya memandu merentasi air banjir.

Kredit: usweathergov/YouTube

Daripada semua kejadian berkaitan cuaca, banjir adalah salah satu yang paling membunuh di Amerika Syarikat. Banyak kes kematian berlaku apabila mangsa memandu di jalan yang dipercayai selamat.

Walau bagaimanapun, air banjir (terutama apabila air itu sedang mengalir) tidak boleh dipandang ringan, kerana walaupun dengan jumlah air yang kecil, namun air tersebut cukup kuat untuk mendatangkan kemudaratan.

Kredit: usweathergov/YouTube

Menerusi video yang disebarkan, peringatan diberikan melalui gambaran grafik yang sangat jelas tentang apa yang mungkin berlaku sekiranya pemandu membuat keputusan yang salah dengan merentasi air banjir yang sedang mengalir.

“Air mengalir hanya memerlukan 12 inci untuk menghanyutkan kereta yang kecil; 18 hingga 24 inci untuk kereta yang lebih besar.

“Jangan ambil mudah dengan kekuatan air.”

Mujurlah, Khidmat Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat muncul dengan slogan bernas bagi mengiringi peringatan ini, “Pusing semula, jangan tenggelam” (Turn Around Don’t Drown).

Saksikan video berkenaan di sini:

Kredit: usweathergov/YouTube

Sumber: FaithTap

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kempen VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds