Pakar psikobiologi dan pemenang Hadiah Nobel iaitu Roger W. Sperry mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu bahagian kiri dan kanan yang mempunyai fungsi tersendiri.

Malah, cara anda berfiki juga adalah bergantung kepada bahagian otak mana yang lebih dominan.

Berdasarkan penyelidikan beliau, terdapat lambakan ujian yang boleh menentukan proses pemikiran dan ciri-ciri personaliti seseorang manusia…

Lihat gambar di bawah ini. Haiwan apakah yang anda lihat dahulu?

Jika anda melihat kepala harimau…

Ini bermakna bahagian kiri otak anda lebih aktif berbanding otak kanan. Anda adalah seorang yang mementingkan perincian, sentiasa didorong matlamat dan teratur. Apabila berdepan dengan sesuatu masalah, anda cenderung untuk menjadi lebih logik dan objektif.

Namun kadangkala, anda akan keras hati dan tetap dengan keputusan yang telah anda lakukan. Jadi, dinasihatkan supaya anda mendengar pandangan orang lain dan membuat pertimbangan dengan sebaik mungkin.

Ciri-ciri personaliti anda:

  • Perancang : Anda biasa melakukan sesuatu perkara setelah membuat perancangan yang teliti
  • Tepat : Anda mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai
  • Rasional : Emosi dan perasaan tidak akan menjadi penghalang untuk anda mencapai matlamat
  • Logik : Anda berkebolehan dalam bidang matematik, sains dan idea turutan
  • Realistik : Dunia anda tidak melibatkan fantasi mahupun fiksyen. Segalanya hanyalah tentang menjadi realistik

Jika anda melihat monyet yang sedang bergayut…

Otak kanan anda lebih aktif berbanding otak kiri. Anda seorang yang kreatif dan sangat berinovatif. Apabila berhadapan dengan masalah, anda bergantung kepada naluri hati berbanding pemikiran kritis.

Anda tahu setiap tindakan yang dilakukan mempunyai pengajaran kepada kehidupan anda. Bagi anda, perjalanan kehidupan itu adalah lebih penting berbanding matlamat. Memandangkan anda seorang yang kuat berangan, anda sering ‘sesat’ di dalam dunia angan-angan anda. Jadi, anda harus sentiasa berbalik kepada dunia realiti dan menumpukan lebih perhatian kepada keadaan sekeliling.

Ciri-ciri personaliti anda:

  • Dorongan : Anda melakukan sesuatu perkara secara spontan
  • Emosional : Anda peduli dengan banyak perkara. Anda cenderung menghabiskan banyak masa untuk mempertimbangkan sesuatu perkara dan bertindak berdasarkan perasaan
  • Kreatif dan artistik : Anda mempunyai kemahiran dalam bidang muzik, seni dan lain-lain
  • Mengikut gerak hati : Anda tidak membuat senarai perkara yang ingin dilakukan. Anda menyelesaikan masalah mengikut gerak hati
  • Berangan : Anda mempunyai angan-angan dalam kehidupan dan sering berusaha untuk mencapai angan-angan tersebut berbanding mencapai matlamat

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Uncategorized

Video Popular

Ad will display in 09 seconds