Satu kiriman Twitter yang dimuat naik oleh seorang netizen bernama Mohd Hasif menjadi tular apabila beliau berkongsi beberapa imej pelajar sekolah rendah yang sedang menjalani sesi temuduga memasuki Tingkatan Satu sekolah menengah berasrama penuh di Sabah dengan menunjukkan teknik mereka menggosok baju dengan seterika. Satu ujian yang jarang dilakukan oleh mana-mana sekolah berasrama di Malaysia.

Mohd Hasif merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Lahad Datu di Sabah, sekolah menengah berasrama penuh yang menjalankan ujian seterika baju dalam sesi temuduga tersebut. Menurut MStar, kali pertama Mohd Hasif melihat imej tersebut ialah ketika melihat profail bekas gurunya di halaman Facebook sebelum berkongsi di halaman Twitter.

 

Kredit :@hasifgan / Twitter

Mohd Hasif menulis, “Jarang sekolah membuat ujian seterika baju ketika temuduga kemasukan Tingkatan Satu. Bagus juga buat begini kerana apabila perhimpunan waktu pagi, mata tidak sakit melihat pelajar-pelajar memakai baju berkedut.”

Kredit :@hasifgan / Twitter

Penuntut Tahun Tiga Universiti Putra Malaysia ini yang pernah menjadi pelajar Sekolah Menengah Sains Lahad Datu di Sabah dari tahun 2010 hingga 2014 menambah, “Semasa saya belajar di sana, tiada sebarang ujian menggosok baju dengan seterika. Jika tidak silap, ujian ini pertama kali diperkenalkan bagi kemasukan pelajar baru pada tahun hadapan.”

Menurut Mohd Hasif, ujian seperti ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi, oleh kerana menggosok pakaian itu merupakan kemahiran asas dalam kehidupan seharian.

 

Kredit :@hasifgan / Twitter

Katanya, “Ujian ini lain daripada yang lain, dan mungkin ada diperkenalkan di sekolah lain, yang saya tidak tahu. Bagi saya, ujian ini patut dilakukan walaupun ia nampak seperti perkara kecil dan remeh, tetapi sebenarnya ia amat penting bagi memastikan pelajar sentiasa kemas ketika berada di sekolah.”

 

Kredit :@hasifgan / Twitter

Mohd Hasif menambah, sepanjang berada di sekolah berasrama penuh tersebut selama 5 tahun, ia telah banyak mengajarnya beberapa kemahiran asas sehingga menjadikan dirinya dapat hidup lebih berdikari pada hari ini.

Sumber : MStar , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds