Kedalaman lautan menyembunyikan segala macam perkara misteri – yang hidup dan sebaliknya. Baru-baru ini, ketika saintis sedang menjalankan rutin mencari “sampel ketam”, para saintis di atas Kapal Eksplorasi Nautilus Vessel (E / V) yang panjangnya 211 kaki secara tidak sengaja telah merakam kecantikan hidupan laut berwarna terang di Kepulauan Revillagigedo Baja California, Mexico, pada 1225 meter (4,019 kaki) di bawah paras laut.

Kredit: EVNautilus/YouTube

Menurut pasukan itu, hidupan itu adalah obor-obor Halitrephes maasi, yang mereka gelar seperti “bunga api di laut dalam.”

Kredit: EVNautilus/YouTube

Kredit: EVNautilus/YouTube

“Kanal radial yang memindahkan nutrien melalui tubuh obor-obor itu membentuk corak percikan api yang mencerminkan lampu ROV [kenderaan bawah laut yang dikendalikan] Hercules dengan percikan warna kuning yang terang dan merah jambu – tetapi tanpa lampu kami keindahan hidupan ini tidak terlihat di dalam gelap.”

Tonton video obor-obor yang cantik ini:

Kredit: EVNautilus/YouTube

Projek yang sedang dilakukan ini sedang mengumpul data biologi dan geologi mengenai jajahan laut (perairan bawah air) yang sebahagian besarnya belum diterokai di bahagian timur Pasifik, dengan harapan dapat memahami peranan mereka dalam gambaran ekologi yang lebih besar.

Kredit: EVNautilus/YouTube

Kredit: EVNautilus/YouTube

Penemuan yang tidak dijangka ini adalah salah satu daripada banyak penemuan lain yang sempat ditemui dalam misi ini. Penemuan ini termasuklah penampakan gumpalan ungu yang misteri, dan sotong yang bermata besar.

Sains adalah satu bidang kajian yang memerlukan tahap disiplin yang tinggi, tetapi ini adalah antara detik-detik yang indah dan menjadikannya lebih berharga. Terima kasih kepada keajaiban teknologi moden, kini anda boleh menontonnya melalui saluran YouTube misi ini dan laman web mereka dengan mudah sekali.

Sumber: Tree Hugger

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds