SINGAPURA – Kuala Lumpur mengekalkan kedudukan sebagai bandaraya paling murah untuk menginap di Asia. Ibu negara Malaysia ini juga mengambil tempat sebagai lokasi terbaik di Asia untuk menikmati gaya hidup mewah dengan kos yang yang lebih murah dan minima.

Manakala Shanghai, China mengambil tempat Hong Kong sebagai metropolitan termahal di Asia bagi individu berpendapatan tinggi untuk menginap dan membelanjakan wang bagi makanan, servis dan membeli barangan mewah seperti barangan perhiasan diri serta krim kulit dan kosmetik mewah.

Kredit : Asian Green Building / Gambar Hiasan

Demikian menurut laporan tahunan Wealth Report Asia, yang dikeluarkan oleh Bank Julius Baer & Co yang mengikuti jejak dan cara berbelanja golongan kaya di rantau Asia.

Laporan tersebut turut mendapati Shanghai terus berkembang menjadi lokasi yang semakin mahal untuk membeli hartanah, melantik peguam atau membeli jam tangan dan beg tangan mewah.

Kredit : Luxury Travel Advisor / Gambar Hiasan

Laporan tahunan kali ke-8 ini juga turut memperkenalkan Indeks His & Hers bagi membandingkan kos berbelanja barangan mewah bagi golongan kaya lelaki dan wanita dengan mengemukakan soalan adakah kos berbelanja bagi golongan wanita untuk tampil bergaya lebih mahal daripada golongan lelaki?

Tidak menghairankan membeli barangan mewah bagi golongan wanita akan berkos lebih tinggi. Dalam laporan ini, Seoul, Korea Selatan menjadi bandaraya paling mahal untuk membeli barangan mewah dan jenama terkenal bagi golongan wanita dan tidak terkecuali juga bagi golongan lelaki. Ini kerana cukai eksais terhadap barangan import di negara itu adalah 20 peratus lebih tinggi dari kebanyakan negara di Asia.

Kredit : TripAdvisor / Gambar Hiasan

Sementara laporan tersebut turut menyenarai Jakarta, Indonesia menjadi lokasi termurah membeli barangan mewah bagi golongan lelaki, manakala Mumbai di India menjadi bandaraya termurah bagi golongan wanita kaya untuk berbelanja barangan mewah.

Indeks yang dikemukakan oleh Bank Julius Baer & Co juga turut membuat perbandingan dengan contoh, membeli Gelang Berlian Love Cartier di Shanghai adalah dengan kos sekitar RM200,700 berbanding membeli gelang berlian yang sama di Kuala Lumpur dengan harga RM178,401.

Sumber : The Star

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds