Berada di dalam sesebuah bilik memang agak menggerunkan lebih-lebih jika keseorangan. Di saat itu bukan bulu roma sahaja yang dirasakan meremang malah kita juga merasakan seperti ada mata yang memerhatikan setiap gerak-geri kita.

Pada pandangan orang lain, mungkin bilik itu tidak menunjukkan apa-apa unsur menakutkan namun hanya kita sahaja yang tahu sejauh mana keberanian kita apabila berada di bilik tersebut.

Antara 4 buah bilik ini, yang manakah paling anda takuti? Lihat dan ujilah tahap keberanian anda.

A. Bilik bacaan

B. Ruang tamu

C. Bilik tidur

D. Bilik mandi

Sudah tahu bilik manakah yang paling anda takuti? Mari lihat penerangannya.

Jika anda memilih bilik A

Anda tidak mempunyai keberanian untuk bersendirian. Anda memang suka bergantung kepada orang lain.

Apabila anda sudah terbiasa dengan satu-satu perkara, anda sukar untuk menyingkirkannya. Tabiat anda ini memang sukar untuk diubah.

Anda sering berasa malu ketika bersendirian dan sering merasakan seperti ada yang memerhatikan anda dan berasa kurang selamat.

Jika anda memilih bilik B

Anda kurang keberanian untuk berhadapan dengan sesuatu perkara. Anda kurang keyakinan diri dan sentiasa memerlukan keyakinan orang lain untuk berpegang pada keputusan anda.

Apabila anda mengalami perselisihan pendapat dengan orang lain, anda akan berundur dan tunduk kepada seseorang yang lebih berkuasa dari anda.

Jika anda memilih bilik C

Anda kurang keberanian untuk berubah. Anda sering menangguh dalam melakukan sesuatu perkara.

Setiap kali anda merancang untuk melakukan sesuatu, anda sentiasa berubah dan hilang ketabahan diri dan ketabahan untuk menyelesaikannya.

Anda memang mahu mengubah keadaan semasa anda tetapi anda mempunyai terlalu banyak alasan. Setiap kali anda berhadapan dengan kesukaran, anda sentiasa berundur ke belakang dan menjadi sangat malas. Akhirnya, tiada apa pun yang anda kecapi dalam hidup.

Jika anda memilih bilik D

Anda kurang keberanian terhadap cinta. Anda sukar untuk menemui orang yang anda suka.

Anda sentiasa malu untuk menyatakan perasaan anda. Anda tidak berani untuk mengambil langkah ke hadapan.

Anda seorang yang rajin berfikir namun ketelitian anda terhadap perkataan dan perbuatan orang lain menyebabkan anda kehilangan orang yang tepat akhirnya.

Sumber: WEMEDIA

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds