Pertemuan yang berpotensi membawa maut dengan seekor jerung menyelamatkan nyawa lelaki ini, selepas doktor yang merawatnya kerana kecederaannya diserang jerung mendapati dia menghidap kanser.

Eugene Finney dari Fitchburg, Massachusetts melawat ibu bapanya di Huntington Beach, California. Bersama dua anaknya dan teman wanitanya, Emeline McKeown yang akan bertemu ibu bapanya buat kali pertama.

Ketika dia sedang berenang di pantai tersebut, dia merasakan sesuatu menyerang di belakangnya. Terkejut dan sakit, penyelaras pemasaran muzium seni tersebut berjaya berenang melarikan diri, tetapi tidak tahu apa yang telah berlaku kepadanya.

Dia mendapati dirinya diserang jerung ketika dia membasuh darah dari belakangnya di pancuran tepi pantai dan teman wanitanya, Emeline McKeown melihat sirip di dalam air dan anggota penyelamat pantai mengarahkan semua orang meninggalkan permukaan pantai.

Serangan jerung tersebut meninggalkan Finney dengan luka yang panjang dan lebam di belakangnya. Apabila pulang ke rumahnya di Fitchburg, Massachusetts, dia mengalami sakit belakang dan dada kesan daripada serangan jerung tersebut. Lalu, dia membuat keputusan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Doktor yang merawat Finney atas trauma dialaminya kemudian telah menemui tumor peringkat satu di buah pinggang kanannya, sekitar saiz kacang walnut. Pakar perubatan melakukan pembedahan pada Finney dan berjaya membuang ketumbuhan tersebut pada peringkat awal.

(Finney di Hospital St. Elizabeth selepas pembedahannya untuk membuang tumor)

Finney kini bebas daripada kanser, dan tidak memerlukan rawatan kemoterapi atau radiasi. Dr Ingolf Tuerk di pusat perubatan St Elizabeth di Brighton, Massachusetts berkata insiden serangan jerung tersebut telah menyelamatkan nyawanya.

Kredit: Anna Howell | YouTube

Sumber: independent

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds