KUALA LUMPUR – Bermula tahun 2019, pelajar sekolah menengah rendah akan dibenarkan membawa peranti komputer ke sekolah, sebagai mengganti buku teks tradisional. Demikian kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di Dewan Rakyat pada 6 Disember.

Sebelum ini, Teo Nie Ching telah memberi kenyataan bahawa pelajar sekolah menengah rendah akan diperkenalkan dengan penggunaan buku teks digital interaktif bermula tahun hadapan. Kini kenyataan tersebut diubah secara lebih spesifik dengan mensasarkan kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1, 2 dan 3 bermula pada tahun 2019.

Kredit : Sinar Harian / Gambar Hiasan

Teo Nie Ching berkata pihak kementerian belum mengemukakan apa-apa perancangan untuk membekalkan peranti komputer secara percuma kepada para pelajar yang terbabit untuk menggunakan buku teks digital itu kelak.

Menurut Teo kepada The Sun Daily, “Mereka (pelajar sekolah menengah rendah) akan dibenarkan membawa komputer sendiri ke sekolah. Perkara ini masih di peringkat awal, di mana itu sebabnya mengapa kita hanya membenarkan pelajar sekolah menengah rendah untuk menggunakan buku teks digital melalui peranti komputer milik mereka sendiri.”

Kredit : SCMP / Gambar Hiasan

Teo Nie Ching menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Ermieyati Samsudin mengenai langkah yang sedang diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam mengurangkan penggunaan kertas di sekolah. Beliau menambah, “Dari sini, pihak kementerian akan memantau reaksi para pelajar dan ibu bapa yang terlibat dalam melaksanakan inisiatif ini.”

Menerusi langkah yang akan dilaksanakan, sejumlah 495 buku teks tradisional akan diubah secara digital kepada versi PDF (Portable Document Format) dan akan dimuat naik menerusi ‘1Bestarinet Virtual Learning Environment (VLE)’, sebuah portal pembelajaran atas talian.

Kredit : MyEduHub / Gambar Hiasan

Teo Nie Ching berkata, “Digitalisasi ini akan membolehkan pembelajaran secara berterusan disamping para pelajar akan memperolehi pengetahuan ‘melangkaui bilik darjah’, serta dapat mengurangkan masalah bebanan berat beg sekolah.”

Tambahnya, “Peralihan kepada buku teks digital adalah sebahagian daripada peringkat Transformasi Buku Teks dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.”

Sumber : The Sun Daily , The Star , World of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds