Disebalik kejayaan seseorang pasti ada kisah suka dan duka yang perlu ditempuhi bukan? Begitulah juga dengan Ratu Cantik Thailand, Chalita Suansane.

Suansane mungkin tidak terpilih sebagai Ratu Cantik Dunia ketika menyertai pertandingan tersebut pada tahun 2016, namun dia sebenarnya telah memenangi hati masyarakat di seluruh dunia dengan kisah hidupnya yang penuh inspirasi.

Ketika kanak-kanak berusia 4 tahun sedang leka bermain, Suansane pula telah membantu ibunya mendapatkan wang dengan menjual makanan di jalanan.

Manakala ketika berusia 10 tahun pula, dia mengambil alih tugas ibunya sebagai tukang bersih secara sambilan.

Suansane telah memikul tanggungjawab pada usia yang begitu muda dengan penuh dedikasi demi membantu menambahkan pendapatan keluarga lantaran hidupnya yang miskin ketika itu.

Walaupun kini dia telah berjaya dan terkenal di mata dunia ternyata Suansane sedikit pun tidak lupa akan asal usulnya malah dengan senang hati berkongsikan kisah hidupnya.

Suansane telah memuat naik 2 keping gambarnya di Facebook. Sekeping gambar menunjukkan dia sedang menjual makanan di jalanan, sementara sekeping gambar lagi menunjukkan dia memakai gaun panjang yang cantik sebagai Ratu Cantik Thailand.

Menurut Suansane, dia melihat pengalaman hidup yang dilaluinya itu mematangkan dirinya. Dia telah belajar tentang erti kehidupan dan nilai wang sejak dari usia yang muda. Selain itu Suansane juga mengatakan bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu ibunya.

Berdasarkan biografi Miss Universe, Suansane merupakan seorang pelajar sains jurusan Mikrobiologi di Universiti Mahasarakham.

Suansane juga sering melakukan kerja sukarela di rumah anak yatim yang dipanggil Baan Home Hug yang menempatkan anak-anak yang mewarisi penyakit HIV dari ibu bapa mereka, anak-anak yang didera dan anak-anak yang kehilangan keluarga.

Suansane juga ingin memberi inspirasi kepada wanita muda di luar sana bahawa “memenuhi semangat anda sendiri, mempunyai rasa hormat diri dan penuh belas kasihan kepada orang lain akan membuat anda yakin dengan cara anda sendiri.”

Semoga kisah inspirasi Ratu Cantik Thailand ini sedikit sebanyak menyuntik semangat kita semua untuk lebih maju ke hadapan.

Selain itu, apa yang penting ialah tidak melupakan asal usul dan ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita sejak dari kecil lagi.

Sumber: viral4real.com; PEP , BUSTLE , KICKER DAILY NEWS , MISS UNIVERSE

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds