Kini, berita tentang kematian pekerja akibat terlalu banyak bekerja bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Malah, kes-kes sebegini telah menjadi lazim terutamanya di Jepun sehinggakan masyarakatnya mempunyai perkataan khas untuk kes kematian sebegitu yang digelar sebagai “karoshi”.

Gambar sekadar hiasan.

Yang, seorang lelaki berusia 51 tahun yang berasal dari Pingtung, Taiwan menjadi mangsa kerja keras tetapi cukup bernasib baik kerana dia berjaya bertahan menghadapi masalah itu. Menurut LTN, Yang mengalami pendarahan dari otaknya selepas bekerja secara berterusan selama 35 hari tanpa rehat di kilang pembekuan ikan di Taiwan.

Tugas Yang di kilang berkenaan melibatkan pemprosesan produk akuatik dan pada 20 Disember 2014, dia tiba-tiba pengsan pada jam 4 petang semasa sedang bekerja. Yang kemudiannya dihantar ke hospital di mana doktor mendiagnosisnya dengan pendarahan serebrum dan tekanan darah tinggi.

Kredit: LTN

Akibatnya, Yang menjadi orang kelainan upaya. Dia juga tidak boleh bekerja dan terpaksa menjalani pemulihan untuk masa yang lama kerana kerosakan saraf yang dialaminya. Yang juga hampir tidak boleh berjalan walaupun selepas empat tahun dan anak-anaknya terpaksa bekerja sambilan untuk membantu menyara keluarganya.

Disebabkan oleh hal ini, Yang memutuskan untuk menyaman syarikatnya bagi mendapatkan pampasan kerana dia percaya bahawa keadaannya kini disebabkan oleh kerja yang terlalu banyak.

Walau bagaimanapun, syarikatnya bertindak balas dengan mengatakan bahawa Yang sememangnya sudah mempunyai tabiat yang tidak sihat. Mereka mengatakan bahawa Yang suka merokok dan kerap minum minuman keras dan kerjanya tidak begitu berat serta mengatakan bahawa 70% daripada kecederaannya itu adalah disebebkan oleh dirinya sendiri.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Simon Law/Flickr

Berikutan hal ini, Kementerian Buruh memutuskan untuk menyiasat kes ini dan pergi ke syarikat berkenaan untuk memahami butiran lanjut. Mereka mendapati bahawa Yang tidak mengambil walau satu haripun cuti rehat selama 35 hari ketika dia bekerja di syarikat itu dan biasanya Yang bekerja lebih dari 10 jam. Sehari sebelum Yang dimasukkan ke hospital, mereka mendapati bahawa dia telah bekerja selama 14.5 jam.

Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, hakim memutuskan bahawa syarikat itu bersalah kerana membenarkan Yang bekerja dalam waktu yang panjang. Undang-undang buruh di Taiwan menyatakan bahawa syarikat tidak boleh meminta pekerja mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari dan lebih dari 46 jam bagi kerja lebih masa dalam sebulan. Hakim mengatakan bahawa penyakit Yang sememangnya disebabkan oleh kerja keras dan syarikat itu diarahkan membayar pampasan sebanyak 5,792,571 TWD (lebih kurang RM781,000) kepada Yang.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds