Perbuatan yang baik tiada kaitan dengan rupa atau umur. Pham Thanh Tam, 26, pernah mendapat perhatian dalam media sosial kerana rupa dan usianya.

Semasa acara kebajikan pada tahun 2016, Pham Thanh Tam mula tertarik dan jatuh hati kepada seorang bayi perempuan yang mengidap penyakit palsi selebrum dan memutuskan untuk menjaganya sebagai anak angkat.

Walau bagaimanapun, keputusannya ini membuatkan para pengikut media sosialnya tidak berpuas hati dan meningalkan komentar yang kejam.

Kredit: Smart Parents/Facebook

Berikutan tindakannya, banyak media Vietnam yang melaporkan kisahnya itu, dan ramai orang mempersoalkan motifnya. Pengguna internet menyerang halaman media sosialnya dan memberikannya ucapan dan pertanyaan yang kejam dan negatif. Pada mereka, tindakan Pham Thanh Tam untuk menjaga anak kurang upaya hanyalah satu aksi publisiti untuk mendapatkan lebih banyak perhatian.

Pham Thanh Tam pertama kali melihat bayi berusia 14 bulan Thi Thuy Thi Nhi pada acara amal. Bayi itu bukan sahaja mempunyai palsi selebrum, tetapi juga kekurangan zat makanan yang teruk, beratnya hanya 3.5kg. Itu adalah cinta pada pandang pertama, dan Pham Thanh Tam memutuskan untuk menjaga Thi Thuy Thi Nhi.

Kredit: Smart Parents/Facebook

Walaupun menerima banyak komen buruk tentang tindakannya, Pham Thanh Tam melakukan yang terbaik untuk mengabaikan mereka semua. Sebaliknya, dia memberi tumpuan untuk menjadi seorang ibu yang baik untuk bayi yang baru dijaganya.

Dari saat dia membawanya ke rumah, mereka tidak dapat dipisahkan. Dia juga sangat menyedari tentang keadaan kesihatan bayi itu dan membawanya ke hospital yang terbaik untuk rawatan, memberikan bayi itu perubatan yang terbaik yang boleh dibeli olehnya.

Kini, setelah dua tahun, Pham Thanh Tam masih bersama dengan anak kesayangannya. Thi Thuy Thi Nhi kini berusia tiga tahun, tetapi kini lebih sihat! Masalah kekurangan zat makanan yang dialaminya ketika kecil sudahpun sembuh, dan dia telah mendapat berat badan yang sihat.

Thi Thuy Thi Nhi kelihatan lebih sihat sekarang.

Kredit:  Good Times

Walaupun anak perempuannya sudah kelihatan lebih baik sekarang, namun Pham Thanh Tam tidak akan berhenti di situ sahaja. Dia masih mahu memberikan anak perempuannya penjagaan perubatan yang dia perlukan dan perubatan itu haruslah yang terbaik. Ibu yang cantik ini baru-baru ini mengumumkan bahawa dia sudah hamil selama tujuh bulan, dan akan melahirkan pada musim bunga yang akan datang!

Walaupun komentar yang kejam dari pengguna internat masih belum berhenti, Pham Thanh Tam tidak peduli dengan komen-komen itu lagi. Dia akan mengabaikan mereka, dan itu adalah tindak balas terbaik buat mereka yang mempersoalkan dan mengkritiknya. Inilah kecantikan yang sebenar.

Sumber: Good Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds