Datuk A. Kadir Jasin menafikan anggapan bahawa anak-anak Melayu sudah mahir dalam Bahasa Melayu (BM) apabila memasuki Tahun Satu.

Menggambarkan Bahasa Melayu sebagai subjek yang paling penting di sekolah, penasihat media bagi Perdana Menteri itu berkata bahawa pengajaran penggunaan bahasa itu sepatutnya menjadi keutamaan di sekolah kerana kanak-kanak Melayu, terutamanya yang berasal dari bandar atau kawasan separuh bandar, mungkin tidak mahir dalam bahasa ibundanya.

Kredit: The Star

“Saya bangga mengatakan bahawa kanak-kanak Melayu hari ini fasih berbahasa Inggeris, tetapi walaupun bahasa Inggeris mereka kuat, Bahasa Melayu mereka masih lemah.

“Ada orang Melayu yang berbahasa Inggeris di rumah, malah mereka yang berbahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka tidak menggunakan bahasa seperti yang diajar di sekolah,” katanya pada sesi dialog di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 3 Disember yang lalu.

Kredit: FMT

Kadir menjelaskan bahawa kemahiran bahasa, baik dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah penting.

“Kesilapan kita pada hari ini adalah kita mengabaikan penguasaan bahasa. Jadi, hal ini membawa kepada masyarakat yang tidak kuat dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris, dan ini sukar untuk diubah oleh pelajar apabila mereka memasuki universiti.

“Kita tidak boleh menyekat penggunaan mana-mana bahasa di sekolah, tetapi kita perlu memberi keutamaan untuk menguasai penggunaan Bahasa Melayu yang betul, bukan ‘Bahasa Melayu membawang’.

“Saya tidak suka penggunaan bahasa seperti itu. Universiti juga harus lebih ‘diktator’ dalam hal ini, dan mengharamkan penggunaannya,” katanya sambil berkata bahawa Bahasa Melayu harus digunakan dengan betul kerana Bahasa ini adalah bahasa yang indah dan elegan.

Kadir hadir di UMS untuk melancarkan dan mengambil bahagian dalam dialog mengenai isu dan cabaran komunikasi strategik di Malaysia baru. Turut hadir adalah dekan Fakulti Kemanusiaan, Kesenian dan Warisan UMS, Prof Dr Ismail Ibrahim dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Muguntan Vanar.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds