Seekor kucing yang bernama Meeseeks telah ditemui pada musim luruh yang lalu, bersama dengan ibunya dan lima adik beradiknya yang ditinggalkan di dalam kotak. Seluruh keluarga Meeseeks telah diambil oleh Pusat Perlindungan Haiwan Broward County di Florida.

Kredit: Amanda Kruczynski

Selalunya sukar untuk mencari rumah angkat untuk ibu kucing dan anak kucingnya, dan tidak ada yang pasti tentang nasib yang bakal mereka lalui. Namun, tidak lama selepas keluarga kucing ini tinggal di pusat perlindungan itu, Amanda Kruczynski yang merupakan salah seorang kakitangan di pusat perlindungan itu, merangkap seorang ibu angkat yang penyayang, telah mendengar tentang kisah mereka dan pergi melihat keadaan keluarga kucing itu.

Sebaik sahaja dia melihat semua anak kucing berkumpul bersama-sama dengan ibu mereka, Kruczynski tahu bahawa dia tidak boleh meninggalkan mereka begitu sahaja.

Kredit: Amanda Kruczynski

“Saya meletakkan mereka semua di dalam bekas pembawa dan membawa mereka pulang ke rumah pada waktu rehat makan tengah hari saya,” kata Kruczynski kepada The Dodo. “Saya tahu mereka memerlukan masa untuk sembuh dari apa yang telah mereka lalui dan saya ingin membantunya. Kami tidak pernah tahu bagaimana mereka boleh berada di dalam kotak itu pada malam itu atau mengapa mereka ditinggalkan.”

Dari awal lagi, Meeseeks kelihatan berbeza daripada adik-beradiknya. Apabila Meeseeks mula-mula tiba di rumah angkatnya, Meeseeks terlalu kecil untuk bergerak. Meeseeks sangat kecil dan penglihatannya kabur dan membuatkan Meeseeks sukar untuk berjalan, Meeseeks kelihatan hampir tidak seperti bernyawa, dan ramai orang mengalami kesulitan untuk mempercayai bahawa Meeseeks sebenarnya adalah kucing yang bernyawa!

Kredit: Amanda Kruczynski

“Tiada siapa yang percaya bahawa gambar Meeseeks ketika kecil sebegitu rupa,” kata Kruczynski. “Meeseeks kelihatan seperti mainan lembut yang kecil dan saiznya menjadikannya lebih sukar dipercayai. Sesiapa yang berjumpa dengannya secara langsung pasti akan jatuh cinta dan saya menerima banyak soalan mengenainya. Bercakap tentang kucing hanya satu dalam sejuta.”

Kredit: Amanda Kruczynski

Meeseeks adalah seekor kucing yang sangat istimewa, dan oleh sebab itu, ibu angkatnya selalu mengambil berat tentangnya supaya Meeseeks membesar seperti dengan adik-beradiknya yang lain. Dan kerana itulah, Meeseeks juga mula memberi perhatian kepada ibu angkatnya dan kini mereka tidak lagi boleh dipisahkan.

“Meeseeks menonjol kepada saya atas banyak sebab,” kata Kruczynski. “Tidak kira di mana saya pergi, Meeseeks akan mengikuti saya; jika saya menutup pintu, Meeseeks akan berada di situ apabila saya membukanya. Meeseeks seperti melindungi saya, pengawal yang sentiasa ada.”

Kredit: Amanda Kruczynski

Meeseeks dan adik-beradiknya membesar dengan baik, sehinggalah suatu hari apabila seluruh keluarga kucing itu didiagnosis dengan penyakit yang berpotensi untuk membawa maut bagi kucing yang lemah. Ajaibnya, keenam-enam ekor anak kucing itu berjaya mengharunginya, dan tibalah masa untuk keluarga kucing itu diberi kepada keluarga yang lain untuk dipelihara walaupun pada hakikatnya Kruczynski tidak mampu untuk berpisah dengan Meeseeks.

“Pada hari kami pergi ke pusat perlindungan untuk mengucapkan selamat tinggal, saya teragak-agak,” kata Kruczynski. “Saya tidak pernah teragak-agak sebelum ini. Meeseeks memandang saya disamping adik-beradiknya yang turut berada dalam bekas yang sama.”

Kredit: Amanda Kruczynski

Sementara semua adik-beradiknya pulih dari penyakit, Meeseeks tidak kelihatan baik pada minggu-minggu yang seterusnya. Meeseeks mula muntah pada setiap hari, dan akhirnya mula mengalami masalah pernafasan yang teruk. Tidak lama kemudian jelaslah bahawa ada sesuatu yang serius berlaku pada Meeseeks, tetapi keputusan bagi setiap ujian yang dijalankan semuanya menunjukkan keputusan yang baik.

Kredit: Amanda Kruczynski

Syukurlah, Meeseeks menemui sebuah keluarga angkat yang baharu dan mereka sangat mencintainya dan sanggup melakukan segalanya untuk membantu Meeseeks  pulih semula.

Setelah Meeseeks disalah diagnosis dengan kanser dan dikatakan hanya mempunyai sedikit masa untuk hidup, Meeseeks akhirnya didiagnosis dengan gastrointestinal eosinophilic sclerosing fibroplasia. Walaupun penyakit itu baru ditemui dan tidak banyak yang diketahui mengenainya, tetapi Meeseeks tetap dapat hidup dengan bantuan doktor haiwan dan keluarganya.

Kredit: Amanda Kruczynski

Dari segi rupa sehinggalah tahap kesihatannya, Meeseeks selalu kelihatan tidak normal, tetapi Meeseeks juga adalah pejuang, dan sekarang, pada usia lebih dari setahun, Meeseeks benar-benar membesar dalam kehidupan barunya.

“Sebaik sahaja Meeseeks memulakan rawatannya, keperibadiannya benar-benar mula bersinar,” kata Kruczynski. “Meeseeks sangat bertenaga! Meeseeks sangat suka bermain dengan penunjuk laser dan akan berlari mengejarnya selama berjam-jam jika kita membiarkannya! Pada waktu malam pula Meeseeks tahu di mana saya tidur dan akan mengusik bantal saya sehingga saya membenarkannya masuk ke dalam selimut. Meeseeks sentiasa kekal sangat rapat dengan saya.”

Kredit: Amanda Kruczynski

Sehingga hari ini, ramai orang masih bingung dengan rupa Meeseeks yang luar biasa dan gemar melihat gambarnya yang unik dan manis. Meeseeks tidak seperti mana-mana kucing lain yang pernah ditemui oleh keluarganya, dan walaupun Meeseeks mempunyai banyak masalah kesihatan, namun keluarganya tetap bersyukur kerana menemuinya.

Kredit: Amanda Kruczynski

“Walaupun selepas apa yang kami lalui, saya tidak akan menyesal menjaganya, walaupun untuk satu saat,” kata Kruczynski. “Tidak ada cara untuk mengetahui berapa lama Meeseeks akan ada di sini dengan kami tetapi [jika] Meeseeks sudah berjuang untuk melalui semua ini setelah sekian lama, maka tidak ada alasan untuk meragui bahawa Meeseeks akan terus berjuang.”

Sumber: The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds