Walaupun anda mungkin telah melatih sepenuhnya anak anda daripada kecil, kencing malam masih boleh terjadi dan biasanya berlaku antara usia 4 hingga 7 tahun. Kira-kira 15% kanak-kanak pada usia tersebut masih kencing malam sekurang-kurangnya dua kali minggu. Oleh itu, jika ia masih berlaku pada anak anda, sila ingat bahawa ia adalah perkara biasa dan ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkannya daripada terjadi.

Anda boleh praktikkan perkara berikut untuk mengelakkan anak kecil anda kencing malam:

1. Kurangkan minum air sebelum tidur

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com   © depositphotos.com

Untuk mengelakkan pundi kencing kanak-kanak daripada menjadi terlalu penuh pada waktu malam, adalah penting untuk mengawal jumlah air yang mereka minum sebelum tidur. Biarkan mereka minum air yang mencukupi pada waktu pagi dan semasa waktu makan tengah hari, kemudian perlahan-lahan menurunkan jumlahnya sebelum waktu malam. Juga, sangat penting bagi seorang kanak-kanak pergi ke tandas setiap malam sebelum tidur. Lakukan ini sebagai rutin mereka.

2. Elakkan makanan tertentu yang boleh mengganggu pundi kencing

 

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com   © depositphotos.com

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh merengsakan pundi kencing di kalangan kanak-kanak yang menyebabkan mereka kencing malam apabila mereka tidur kerana mereka tidak dapat mengawal pundi kencing. Elakkan makanan yang terlalu berasid seperti jus buah yang seperti limau, oren, nanas, epal, atau kranberi.

Elakkan produk tenusu seperti susu atau yogurt kerana tenusu boleh menyebabkan anak anda berasa lebih mengantuk dan mencegah mereka bangun apabila pundi kencing mereka penuh. Juga elakkan minuman coklat panas, teh, atau minuman berkarbonat yang mungkin mengandungi terlalu banyak gula atau kafein. Lihat di sini untuk senarai lengkap produk yang boleh mengganggu pundi kencing.

3. Gandakan magnesium dalam makanan

Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Pusat Klinikal Nasional, kanak-kanak mungkin kencing malam kerana mereka tidak mempunyai magnesium yang cukup dalam diet mereka. Kekurangan magnesium menjadikan sistem saraf kurang responsif, jadi kanak-kanak tidak menyedari apabila mereka perlu pergi ke tandas.

Tidak perlu memberi suplemen kepada anak anda, hanya masukkan magnesium dalam diet mereka. Makanan yang kaya dengan magnesium ialah avokado, pisang, salmon, kekacang, dan tauhu. Lihat di sini untuk senarai penuh makanan yang kaya dengan magnesium.

4. Menulis jurnal

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com

Sama seperti mana-mana doktor akan mengesyorkan dalam apa-apa keadaan yang mungkin berlaku, adalah penting untuk menulis jurnal dan menjejaki segala yang berlaku pada siang hari. Ini akan membantu anda memantau tabiat kanak-kanak, aktiviti, makanan dan pengambilan air, dan kesihatan emosi dan mental.

Ini juga akan membantu anda memahami apa yang mungkin mencetuskan anak andia kencing malam. Mungkin makanan tertentu menyebabkan kerengsaan atau minuman yang berbeza mencetuskan tindak balas sistem saraf. Adalah penting untuk menulis segala-galanya setiap hari untuk membantu anda memahami penyebab berlakunya kencing malam.

5. Berkomunikasi dengan anak anda

Kredit: © depositphotos.com

Berborak dengan anak anda tentang bagaimana perasaan mereka secara emosi, keadaan emosi mereka secara amnya. Sekiranya mereka telah mengalami perubahan dalam kehidupan mereka, seperti sekolah atau keadaan emosi lain yang mungkin menyebabkan mereka mengalami tekanan atau kebimbangan, ini mungkin penyebab anak anda kencing malam. Ia akan hilang apabila mereka terbiasa dengan keadaan. Sementara itu, adalah tanggungjawab anda untuk membuat mereka berasa disokong dan tidak malu. Biarkan mereka tahu bahawa anda berada di sana untuk mereka.

6. Dapatkan penggera kencing malam

Kadang-kadang penggera ini boleh menjadi penyelesaian kepada masalah kencing malam. Terdapat jenis penggera tertentu yang terpasang pada seluar dalam mereka dan apabila ia mengesan kelembapan, ia akan berbunyi. Ada kemungkinan penggera itu tidak dapat membuat anak anda tersedar daripada tidur, tetapi ia pasti akan membuat anda tersedar daripada tidur.

Sebaik sahaja anda mendengar penggera, bangunkan anak anda dan bawanya ke tandas. Ini akan melatih anak anda untuk bangun dan pergi ke bilik mandi dengan sendirinya.

7. Beri mereka ganjaran

Kredit: © depositphotos.com

Adalah penting untuk menggunakan pendekatan yang positif dan memberi ganjaran kepada anak anda. Mereka tidak boleh mengawal untuk tidak kencing malam. Oleh itu, jika anda memberi ganjaran jika mereka tidak kencing malam, ini akan memberi kesan negatif dan membuat mereka merasa seperti mereka telah gagal. Beri mereka ganjaran yang berkaitan dengan perkara-perkara yang membantu mereka daripada kencing malam, contohnya:

  • Minum air pada waktu pagi tetapi elakkan minum banyak air pada waktu malam.
  • Makan makanan yang kaya dengan magnesium.
  • Pergi ke tandas sebelum tidur.

8. Memotivasikan mereka dengan memberi mereka tanggungjawab

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com

Adalah penting untuk memberi motivasi kepada anak anda untuk bertanggungjawab dan berdikari sehingga tahap tertentu. Jika mereka kencing malam, bukannya membiarkan mereka duduk di sana dan merasa bersalah dan malu, tunjukkan kepada mereka dengan baik dan dengan tenang bagaimana untuk mencuci dan membersihkannya serta meminta mereka untuk membantu anda.

Ketahui bila anda perlu berunding dengan doktor:

Sebagaimana disebutkan pada mulanya, kencing malam adalah perkara normal, tetapi dalam beberapa kes, anda perlu berunding dengan doktor apabila keadaan menjadi semakin teruk dan anak anda kerap kencing malam.

Rujuk doktor jika:

  • Anak anda kerap terkencing ketika tidur, siang dan malam (umur 5 tahun ke atas).
  • Kerap kencing malam apabila usia mereka 7 tahun ke atas.
  • Anak anda sudah berbulan-bulan tidak kencing malam tetapi pada suatu malam anak anda tiba-tiba kencing malam (umur 5 tahun ke atas)

Sumber: Brightside

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds