Pencemaran plastik dan sampah yang terapung dalam sumber air adalah masalah global yang semakin berleluasa. Pencemaran ini bukan sahaja berbahaya bagi manusia, tetapi juga untuk hidupan liar.

Untuk menyelesaikan masalah ini kadang-kala hanya memerlukan langkah yang mudah sahaja, dan ini adalah salah satu daripadanya – pemasangan jejaring saliran.

Kredit: City of Kwinana/Facebook

Pada bulan Mac 2018 menyaksikan sebuah bandar di Australia, Kwinana menjadi perhatian global apabila mereka memutuskan untuk menyelesaikan masalah pencemaran air dengan memasang jejaring pada saliran air di Rizab Henley bagi memerangkap sampah-sampah yang melalui saliran berkenaan.

Jejaring saliran atau lebih dikenali sebagai “perangkap sampah” itu diletakkan untuk mengurangkan pelepasan sisa dari sistem saliran dari mengalir ke rizab alam semula jadi. Perangkap sampah itu diletakkan di dua cawangan saliran paip, yang terletak di antara kawasan kediaman dan semula jadi di bandar itu.

Kredit: Storm Water Systems

Kos keseluruhan (termasuk kos pembuatan, pemasangan dan kerja sivil) bagi perangkap sampah itu adalah kira-kira $ 20,000 (RM 61,250.41).

Perangkap sampah itu terbukti sangat kos efektif, kerana pekerja buruh telah dikurangkan kepada bilangan yang minimum. Perangkap ini juga agak mudah untuk dipasang dan apabila muatannya sudah penuh, perangkap sampah ini akan diangkut dengan menggunakan kren.

Selepas pemasangan pada bulan Mac, dalam tempoh empat bulan, jaring ini telah memerangkap sekitar 815 paun (370 kg) sampah.

Kredit: Storm Water Systems

Sisa terkumpul itu kemudiannya dibawa ke pusat pengasingan sampah, di mana sisa hijau dikitar semula dan bahan yang boleh dikitar semula atau tidak boleh dikitar semula akan diasingkan. Penduduk tempatan pastinya berpuas hati dengan idea yang ringkas tetapi sangat berfungsi ini. Malahan, hidupan liar juga mendapat faedah dari sumber air yang bersih dan persekitaran yang selamat.

Selepas pihak berkuasa tempatan memuat naik kiriman berkenaan perangkap sampah ini di laman rasmi Facebook mereka, kiriman itu telah menjadi tular dalam masa kurang dari 48 jam.

Kredit:  Old Castle Infrastructure

“Kejayaan kiriman dengan lebih daripada 27 ribu perkongsian, 92 ribu ‘likes’ dan 13 ribu ‘loves’ hanya dalam masa 48 jam daripada pengguna di seluruh dunia, menunjukkan betapa pentingnya bagi kerajaan untuk benar-benar mula memberi tumpuan kepada inisiatif alam sekitar seperti ini dan menyedari bahawa tindakan kecil boleh memberi kesan yang besar,” kata Datuk Bandar, Carol Adams.

Kredit: Storm Water Systems

Bandar Kwinana merancang untuk memasang dua lagi jejaring saliran pada tahun 2019. Bandar ini telah memutuskan bahawa langkah ini adalah cara yang paling berkesan dan kos efektif untuk memastikan air bebas sampah.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds