Kita mungkin tidak pernah tahu bahawa bahan kering yang disimpan di dapur juga boleh menjadi beracun dan menyebabkan keracunan makanan kepada si pemakan. Oleh sebab itu, adalah lebih baik untuk kita ketahui dan hindari bahan-bahan kering yang sudah menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik demi menjaga kesihatan kita.

Salah satu daripada bahan-bahan kering tersebut adalah kentang.

Kredit: helloSEHAT

Menerusi entri ini, kami akan berkongsi dengan anda 3 tanda-tanda yang menunjukkan kentang yang tidak lagi berada dalam kondisi yang baik dan sebaiknya dibuang sahaja.

1. Kulit kentang yang sudah berkedut

Kredit: yummymummyclub.ca

Jika kentang ditinggalkan tanpa dimasak dalam tempoh yang lama, kentang cenderung untuk mempunyai lapisan kulit yang berkedut dan lembik serta kentang itu sendiri akan mengecut. Hal ini disebabkan oleh kandungan solanin (mekanisme pertahanan bagi kentang untuk melawan serangan serangga) di dalam kentang yang telah meningkat dan menyebabkan kentang itu beracun bagi tubuh manusia.

2. Kentang yang sudah bercambah

Kredit: botanyprofessor.blogspot.com

Terdapat dua jenis kentang yang bercambah; pertama, jika kentang itu sudah bercambah tetapi kentang itu masih keras, maka cambahan itu boleh dibuang sahaja dan dimasak seperti biasa.

Walau bagaimanapun, jika cambahan itu tumbuh pada kentang yang sudah berkedut, maka kentang itu sebaiknya dibuang kerana cambahan itu mengandungi toksik glycoalkaloids-solanin dan chaconine yang banyak.

3. Kentang berwarna hijau

Kredit: eatbydate.com

Kentang cenderung untuk berubah menjadi warna hijau apabila terkena cahaya dan hal ini menunjukkan bahawa kandungan solanin di dalamnya telah meningkat.

Namun, kita masih lagi boleh memakannya setelah membuang semua lapisan berwarna hijau tersebut.

Langkah berjaga-jaga ini seharusnya diambil tahu dan dilakukan kerana hal sekecil ini boleh menjejaskan saluran pencernaan dalam tubuh badan kita.

Walaupun gejala-gejala yang mungkin terjadi disebabkan oleh keracunan kentang ini lazimnya terjadi dalam masa 8-10 jam setelah makan, namun keracunan akibat kentang boleh menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit, demam, sakit perut, kehilangan deria rasa, sakit kepala, halusinasi, perubahan dalam penglihatan dan lain-lain lagi.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan pengambilan kentang di dalam keadaan yang telah dinyatakan dalam entri ini.

Sumber: NTD India

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds