Menjadi perkara biasa apabila kita mendapati terdapat benjolan kecil yang terdapat di anggota badan dan selalunya ia hanya membabitkan isu kecil dan tidak membimbangkan seperti jerawat atau lipoma. Tetapi, sekiranya terdapat benjolan keras yang kelihatan pelik atau luar biasa di bahagian leher atau telinga, ia mungkin menunjukkan tanda-tanda berbahaya atau satu isu yang boleh mengancam nyawa.

Di bawah adalah antara kajian yang telah dijalankan menunjukkan sebab mengapa terdapat benjolan atau ketulan di leher atau di telinga, dan anda perlu memeriksanya terlebih dahulu sekiranya benjolan seperti ini terdapat pada diri, sebelum memastikannya dengan berjumpa doktor.

1. Benjolan yang perlu diperiksa untuk menentukan sama ada terdapat sel kanser.

Benjolan pada leher terutama di bahagian belakang mungkin disebabkan oleh kanser nasopharyngeal (NPC) yang telah merebak sehingga ke nodus limfa di bahagian leher. Benjolan ini biasanya tidak menyakitkan, tetapi ia tidak boleh dibiarkan semakin membesar. Simptom lain NPC termasuk pendengaran kurang jelas, hidung tersumbat, hidung berdarah, penglihatan menjadi kabur, leher terasa kebas dan sakit kepala. Walaupun anda tidak mengalami simptom ini melainkan hanya terdapat benjolan di leher, tetapkan janji temu dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengelak mudarat yang lebih buruk.

Kredit :  Shutterstock.com

Benjolan di belakang telinga biasanya menunjukkan tanda-tanda kanser lain seperti kanser kulit, atau pembentukan tumor tidak berbahaya. Sama ada benjolan itu kecil atau besar dan tidak menyakitkan, ia mungkin akan terus membesar atau bersaiz sama. Jika anda musykil, segera lakukan pemeriksaan dan mendapat nasihat pakar untuk memastikan status benjolan tersebut, sama ada boleh dirawat atau dibuang.

2. Benjolan atau ketulan bagi pemeriksaan sistem limfatik.

Kredit :  Shutterstock.com

Apabila sistem limfatik tidak berfungsi dengan baik, nodus limfa akan mengembang dan membengkak. Keadaan ini dikenali sebagai ‘lymphadenopathy’. Sistem limfatik dalam tubuh badan terdiri saluran limfa dan ratusan nodus limfa yang mengumpul bakteria dan bahan toksin dengan memerangkap dan kemudian memusnahkannya.

‘Lymphadenopathy’ terjadi mungkin disebabkan nodus limfa yang mengembang di beberapa bahagian tubuh badan termasuk di leher, di belakang telinga atau di bawah lengan. Jika anda mendapati nodus limfa mengembang atau membengkak, lakukan pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor.

Kredit :  Shutterstock.com

Nodus limfa yang mengembang di dalam leher, di bawah lengan atau di pangkal peha adalah simptom yang biasa bagi penyakit Limfoma Hodgkin, sejenis kanser yang menyerang sel darah putih atau ‘lymphocytes’. Simptom lain ialah pesakit akan berpeluh pada waktu malam, kehilangan berat badan, demam dan batuk yang berterusan. Walaupun kebanyakan kes nodus limfa mungkin disebabkan oleh jangkitan, anda dinasihatkan supaya tidak membiarkan simptom ini dan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

3. Pemeriksaan keseluruhan sistem badan bagi menentukan terdapat jangkitan bakteria atau virus.

Kredit :  Shutterstock.com

Jangkitan virus dan bakteria selalunya menyebabkan tanda-tanda dengan wujudnya benjolan atau bengkakan di sekitar leher dan telinga. Jangkitan yang paling biasa terjadi di belakang telinga apabila anda mengalami mononucleosis, jangkitan tekak, demam cacar dan campak. Terdapat juga jangkitan yang menyebabkan ‘mastoiditis’ atau radang pada tulang mastoid yang terdapat di belakang telinga. Oleh kerana tulang ini membengkak, maka terdapat benjolan di belakang telinga.

4. Pemeriksaan benjolan yang disebabkan oleh sista ‘sebaceous’

Kredit : get_well_mobile_std_screening / Instagram

Benjolan di telinga dan leher mungkin disebabkan oleh sista ‘sebaceous’. Sista ini terjadi apabila kelenjar ‘sebaceous’ yang mengeluarkan lapisan minyak pada kulit dan rambut telah rosak atau tersumbat. Kelenjar ini mungkin telah terjejas disebabkan kulit ditumbuhi jerawat, terdapat luka dan kulit yang digaru dengan kuat, yang akhirnya menyebabkan sista. Biasanya doktor akan mengdiagnos sista semasa pemeriksaan visual, dan bagi beberapa kes, pemeriksaan lanjutan akan dilakukan.

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat benjolan di bahagian leher dan telinga, ia tidak boleh dipandang ringan. Sekiranya benjolan atau bengkak di bahagian ini tidak susut dan sembuh, segeralah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds