KUALA LUMPUR – Bermula tahun 2019, setiap penghuni yang mendiami rumah mewah dan mempunyai bil elektrik bulanan bernilai RM20 ke bawah diminta untuk membayar bil berkenaan dan tidak lagi diberikan subsidi.

Menurut Menteri Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu Yeo Bee Yin, langkah yang dibuat ini adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk menyalurkan subsidi elektrik secara bersasar terutamanya buat golongan miskin dan miskin tegar.

Kredit: The Star

“Ada juga kondominium mewah, rumah teres besar dan banglo mencatat bil elektrik kurang RM20 sebulan dan itu berlaku kerana mereka selalu tiada di rumah.”

Tambah Yeo lagi, “Mulai bulan depan, mereka perlu membayar bil elektrik walaupun kurang RM20 kerana tidak termasuk dalam golongan sasar yang menikmati subsidi sedemikian. Penyaluran subsidi bersasar hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.”

Sementara itu, pihak Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) turut menyatakan sokongan mereka terhadap tindakan kerajaan dalam mengenakan bayaran bil elektrik kepada penghuni kediaman mewah.

Kredit: Kosmo

Menurut penjelasan Timbalan Presiden FOMCA iaitu Mohd Yusof Abdul Rahman, “Ini khasnya kepada mereka yang memiliki lebih daripada satu kediaman di mana mereka tidak selalu berada di rumah, menjadikan bil rumah itu kurang RM20 justeru mereka tidak perlu membayar.”

Pada masa yang sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan mekanisme baharu bagi membantu golongan sasar ini.

“Mekanisme ini merangkumi penerimaan subsidi hanya kepada mereka yang layak sahaja dan mereka yang memohon untuk diberikan pengecualian bayaran. Permohonan tersebut adalah untuk pengecualian bayaran bil elektrik kepada golongan miskin dan miskin tegar meskipun bil bulanan melebihi RM20.”

Kredit: Utusan Online

“Hal ini adalah kerana golongan isi rumah mewah berkemampuan untuk membayar bil berkenaan dan ini akan membuka peluang kepada kerajaan untuk membantu golongan sasar dengan lebih lagi.”

Yeo Bee Yin turut berharap agar golongan isi rumah mewah ini sedar serta memahami keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan ini.

Sumber: BH OnlineUtusan Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds