Seekor lembu berusia tujuh tahun menjadi bintang sensasi internet dan menular ke seluruh dunia gara-gara saiznya yang luar biasa besar.

Lembu jantan yang diberi nama Knickers ini dilaporkan mempunyai saiz gergasi sekali gus menyukarkan pemiliknya untuk menyembelih lembu ini. Dalam erti kata lain, lembu ini berjaya mengelakkan dirinya daripada menjadi korban gara-gara saiznya yang besar itu.

Kredit: skynews

Penularan gambar lembu ini meraih perhatian pengguna media sosial yang sangat teruja melihat lembu berbaka Holstein Friesian yang berukuran 6 kaki 4 inci itu!

Menurut laporan daripada media Australia, lembu jantan ini disahkan sebagai lembu yang tertinggi di Australia dan mempunyai berat sehingga 1.4 tan. Jika digambarkan dengan lebih teliti, lembu ini dikatakan mempunyai ketinggian sama seperti pemain bola keranjang terkenal, Michael Jordan dan seberat sebuah kereta Mini Cooper!

Kredit: skynews

Jelas pemilik lembu ini iaitu Geoff Pearson, Knickers terlalu berat untuk disembelih. Justeru, dia mengambil keputusan untuk membiarkan Knickers bergerak bebas di ladangnya yang terletak di Lake Preston, barat daya Perth.

Geoff turut menceritakan bahawa nama Knickers diberikan kerana perhubungan lembu itu dengan seekor lagi lembu ternakannya berbaka Brahman yang dinamakan Bra. Menurut Geoff, Knickers memainkan peranan sebagai ‘ketua’ yang memimpin haiwan ternakan lain di ladang itu.

Kredit: Sinchew

“Sebaik sahaja anda meletakkan Knickers di padang ragut, semua lembu lain akan tertarik padanya. Setiap kali Knickers bangun dan mula bergerak, akan ada beratus-ratus ternakan lain mengikutinya dari belakang.”

Sementara itu, seorang model dari Amerika Syarikat yang sedang membuat penerbangan turut tertarik dengan penularan Knickers di media sosial. Model Chrissy Teigen ini turut sempat meluahkan rasa terkejutnya melihat lembu gergasi itu di Twitter.

Kredit: Sinchew

“Itu adalah seekor lembu yang sangat besar. Sebab inilah saya beli internet di atas pesawat.”

Sumber: skynewsSinchew

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds