Media sosial bukan sahaja menjadi platform yang menghubungkan orang ramai di alam maya, bahkan boleh menjana pendapatan individu! Inilah yang berlaku pada kanak-kanak berusia 7 tahun bernama Ryan, di mana akaun YouTube miliknya digunakan untuk mengulas mengenai mainan baharu menerusi saluran ‘Ryan ToysReview’.

Hasil daripada ulasan kanak-kanak tersebut berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak $22 juta (RM90 juta) pada tahun lepas.

Kredit: Ryan ToysReview

Rancangan yang dikendalikan oleh Ryan berkenaan berjaya meraih tempat pertama daripada tangga ke-8 akaun YouTube yang menjana pendapatan tertinggi dalam senarai tahunan Forbes. Rancangan yang dihasilkan oleh keluarganya sendiri, berjaya meraih pendapatan kira-kira RM90 juta dalam satu tempoh (1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018), di mana jumlah tersebut naik lebih RM45 juta berbanding tahun sebelumnya.

Kredit: Ryan ToysReview

Kejayaan berkenaan sekaligus menjadikan ‘Ryan ToysReview’ sebagai bintang komersial pada tahun ini bagi menggantikan Jake Paul sebanyak RM2 juta.  

Kredit: Ryan ToysReview

Rancangan berkenaan dimulakan pada tahun 2015 dan tular ketika Ryan mengkaji sebuah kotak yang mengandungi ratusan mainan bersiri ‘Cars’ yang diterbitkan oleh Disney, di mana ia berjaya mendapat tontonan melebihi 935 juta!

Kredit: Ryan ToysReview/Youtube

Sumber: Business InsiderRyan ToysReview/Youtube

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds