Baru-baru ini, sebuah kedai kopi hipster di Pulau Pinang iaitu Kedai Kopi Bobo telah mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan hangat netizen kerana menghidangkan minuman teh ais di dalam tin susu pekat manis kepada para pelanggan.

Kedai Kopi Bobo di Taman Lip Sin, Pulau Pinang

Kredit: says.com

Berikutan penularan tersebut, kebanyakan netizen mula menyuarakan pandangan masing-masing mengenai tahap keselamatan dan kebersihan penggunaan bekas tin susu itu.

Kredit: Facebook

Menerusi gambar yang tular, trend ini terbukti boleh membahayakan pelanggan dengan adanya penutup tin yang tajam dan tidak dibuang itu. Malah, penggunaan tin susu yang digunakan semula itu juga tidak dijamin tahap kebersihannya.

Kredit: Facebook

Pada masa yang sama, majoriti netizen turut mendesak pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan pandangan rasmi berkenaan isu tersebut agar trend hipster ini tidak berlanjutan sehingga akhirnya menyebabkan isu kesihatan kepada pelanggan.

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

Justeru, KKM menerusi laman Facebook rasmi mereka telah mengeluarkan kenyataan dan pendapat daripada pegawai perubatan bagi mengulas isu ini dengan lebih lanjut.

Menurut pendapat pegawai perubatan berkenaan, penggunaan tin susu sebagai medium untuk menghidangkan minuman boleh mengakibatkan pelbagai risiko berbahaya seperti penyakit kencing manis, luka atau trauma pada kawasan muka, Leptospirosis atau kencing tikus serta risiko keracunan makanan sekiranya tin tersebut kotor.

“Tentang minum teh dalam tin itu, ini saya punya pendapat peribadi… Perlu berpada-pada untuk membuat sesuatu yang hipster bagi menarik perhatian orang ramai. Utamakan keselamatan dan kesihatan. Jadilah kapitalis yang beretika,” komen salah seorang pegawai perubatan mengenai isu tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang dimuat naik pada 2 Disember itu telah menerima 521 perkongsian.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan MalaysiaSAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds