PUCHONG – Kementerian Pengangkutan bakal melaksanakan proses pemutihan kepada semua pengusaha bas sekolah yang tidak berdaftar selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foo, isu berkenaan bas sekolah yang tidak berdaftar ini telah wujud sejak 30 tahun yang lalu dan ianya bukanlah satu perkara yang baharu. Oleh demikian, pihak kementerian bercadang untuk melaksanakan proses pemutihan ini terhadap semua pengusaha yang tidak memiliki permit sah bagi mengendalikan perkhidmatan berkenaan.

Bagaimanapun, kementerian masih lagi belum menentukan mekanisme yang akan dilaksanakan bagi proses tersebut.

Kredit: Astro AWANI

“Aktiviti perusahaan bas sekolah tanpa permit ini memang kita ketahui telah lama berlaku dan kita tidak nafikan ada segelintir pihak yang menggunakan kenderaan persendirian untuk membawa pelajar sekolah.”

“Jadi, pelaksanaan program pemutihan ini akan membantu industri pengangkutan bas sekolah yang lebih teratur, memenuhi piawaian kerajaan dan lebih menekankan ciri-ciri keselamatan.”

Tambah Anthony lagi, peranan ibu bapa juga penting bagi memastikan pengangkutan yang dinaiki oleh anak-anak untuk ke sekolah adalah selamat dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Ibu bapa perlu ambil tahu dan pastikan kenderaan yang anak-anak mereka naiki itu selamat dan mengikut syarat yang sepatutnya termasuk pemeriksaan keselamatan, insurans agar keselamatan mereka terjamin.”

Kredit: Keadilan Daily

“Konsepnya berkemungkinan akan sama dengan e-hiring di mana pengusaha bas perlu mematuhi beberapa syarat untuk membawa pelajar sekolah,” jelas Anthony ketika menghadiri Mesyuarat Agung Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia kali ketujuh.

Berdasarkan laporan Astro AWANI, hanya terdapat 14,800 buah syarikat bas persekolahan yang berdaftar secara sah di seluruh negara dan jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung keperluan 3.49 juta pelajar.

Sumber: Sinar HarianAstro AWANI

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds