Baru-baru ini terdapat video tular sekumpulan gajah yang konon dirakam di Jalan Kluang-Mersing sebenarnya rakaman video tersebut adalah di Thailand yang dirakam kira-kira dua tahun lalu. Video tersebut mendapat perhatian ramai orang yang terkejut dengan kehadiran sekumpulan gajah yang jumlahnya agak banyak.

Kredit: Viral Semasa/Youtube

Namun, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor Jamalun Nasir Ibrahim mengatakan bahawa siasatan mendapati rakaman video tersebut bukan dirakam di Batu 26, Kahang, Kluang seperti yang didakwa, sebaliknya rakaman video tersebut adalah di Thailand dua tahun lalu sebelum tular semula.

Bagaimanapun, beliau mengakui memang terdapat aduan oleh penduduk sekitar Kahang mengenai kehadiran kumpulan gajah di kawasan mereka tetapi jumlah gajah tidak sebanyak seperti yang dirakamkan dalam video terbabit.

“Memang ada aduan penduduk di Kahang, namun jumlahnya (gajah) tidak sebanyak itu. Jika ada maklumat serangan terbaharu, kita akan maklum dan segera membuat siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video atau berita palsu kerana boleh menyebabkan salah faham dan mengganggu ketenteraman awam. Semak dahulu sebelum menyebarkannya.

Sumber: hmetro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds