Sebelum insiden yang melibatkan 12 orang kanak-kanak lelaki dan jurulatih mereka menjadi bualan hangat di seluruh dunia, taman hutan Tham Luang-Khun Nam Nang Non hanyalah sebuah kawasan yang tenang dan sunyi tanpa kedatangan pelawat.

Kredit: Danielle Oliveira

Tetapi kini, setelah tamatnya misi menyelamat gua yang menjadi tumpuan dunia itu, kawasan gua Tham Luang telah menjadi kawasan pelancongan popular sejak dibuka semula pada 16 November dan sejak itu telah menerima beribu-ribu pelawat.

Disamping itu, terdapat lebih daripada 100 gerai cenderahati di sepanjang jalan-jalan yang membawa ke taman berkenaan. Gerai-gerai ini menjual cenderahati, kemeja-T, dan makanan kepada pelancong yang datang.

Kredit: Danielle Oliveira

Walaupun gua Tham Luang secara khasnya tidak terbuka kepada orang ramai, namun gua itu tetap boleh dilihat menerusi pagar dawai, dan pelawat masih boleh meneroka gua-gua lain seperti Buddha, Naga, dan Chamois.

Jun dan Julai yang lalu menyaksikan sepasukan bola sepak bersama jurulatihnya terperangkap di dalam gua Tham Luang ketika musim hujan di Chiang Rai.

Kredit: Danielle Oliveira

Seorang pemandu pelancong tempatan memberitahu BBC bahawa gua-gua di taman itu tidak dibenarkan untuk diterokai selain dari bulan November dan April.

Kredit: Getty

Vipa Romaneechutima, penjual tiket loteri berhampiran pintu masuk ke gua, memberitahu The Guardian: “Ini adalah satu perkara yang menakjubkan yang telah berlaku untuk orang-orang di kawasan ini.

“Ramai orang cuba menjadikan Tham Luang sebagai tarikan pelancong sebelum ini, berkali-kali, tetapi tidak pernah menjadi popular. Kini kawasan ini terkenal di seluruh dunia kerana kanak-kanak lelaki itu selamat dari gua itu.

“Kami bukan hanya gembira kerana wang dari pelancong. Kami juga sangat berbangga kerana orang ramai ingin datang ke sini untuk melihat taman kami yang indah. Ia adalah satu penghormatan buat kami.”

Kredit: Danielle Oliveira

Berikutan pembukaan semula taman itu, ramai orang dari seluruh dunia meletakkan bunga berhampiran pintu masuk gua Tham Luang dan merakamkan gambar mereka.

Kredit: EPA

Lebih banyak lagi rancangan sedang dijalankan untuk menarik pelancong untuk datang, misalnya pembinaan muzium untuk meraikan penyelamatan dan memperingati penyelam, Saman Gunan, yang meninggal semasa misi menyelamat.

Malah kawasan berkhemah juga sedang dibina berhampiran jalan masuk ke taman itu.

Kredit: This Morning | YouTube

Sumber: The SunYouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds