ALOR GAJAH – Cubaan menangkap buaya tembaga terlepas ke pantai yang gagal, tidak menghalang para pelancong daripada mengunjungi Pantai Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah di Melaka.

Menurut Harian Metro, pantai sepanjang 20 kilometer dari Kuala Linggi sehingga ke Tanjung Bidara, termasuk Kuala Sungai Baru didapati tidak sunyi daripada kunjungan para pelancong memandangkan cuti sekolah yang baru bermula.

Kredit : @syawier12/ Twitter

Bukan kerana para pelancong tidak takut kepada buaya tembaga, tetapi disebabkan rata-rata pengunjung pantai yang ditanya tidak menyedari insiden buaya terlepas sedang berlaku. Oleh itu, ramai yang berasa hairan, mengapa tiada pengumuman dari pihak berkuasa untuk memberitahu kejadian tersebut dan mengeluarkan arahan supaya pantai yang terbabit ditutup?

Seorang pengunjung bernama Suraya Abdul Manaf berkata dia tidak menyedari akan kejadian buaya terlepas yang cuba ditangkap oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Kredit : Australian Geographic / Gambar Hiasan

Menurut Suraya, “Saya tidak sempat membuka portal berita dalam talian pada pagi ini, dan apabila diberitahu, insiden ini amat membimbangkan. Tetapi kami tetap meneruskan rancangan kami dengan mandi-manda dan berkelah di pantai ini.”

Seorang lagi pengunjung, Sulaiman Mohd Ali berkata dia sedia maklum dengan insiden yang berlaku melalui berita di media sosial, tetapi tidak berasa gentar atau memikirkannya kerana yakin buaya itu mungkin sudah bergerak jauh dari pantai kerana melihat pantai itu menjadi tumpuan orang ramai.

Katanya dengan yakin dan berani, “Memanglah kita semua takut kepada buaya, tetapi setakat ini tiada kejadian pelancong yang dibaham buaya di pantai ini.”

Kredit : @syawier12/Twitter

Dalam kejadian 30 November kira-kira jam 11.45 pagi, seekor buaya tembaga sepanjang 3.5 meter yang tersangkut pada mata kail rawai nelayan sejak pagi 29 November, telah terlepas ketika operasi menarik reptilia itu di Pantai Kampung Tengah.

Rakaman video menangkap buaya tembaga telah dikongsi oleh seorang netizen bernama @syawier12 di Twitter, dengan mesej “Yang bercuti di kawasan Pantai Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Kuala Sungai Baru, berhati-hati. 2 hingga 3 ekor buaya timbul. Bomba tidak sempat menangkapnya tadi.”

Kredit : @syawier12 /Twitter

Sumber : @syawier12 / Twitter , Harian Metro , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds