KUALA LUMPUR – Mulai Disember, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan juga KLIA 2 akan menyertai kempen yang disebut sebagai Silent Airport dan tidak lagi membuat sebarang pengumuman bersuara.

Kredit: Storyblocks Video

Menerusi kenyataan Malaysia Airlines di Twitter, pihaknya menyatakan bahawa kedua-dua buah lapangan terbang ini tidak lagi akan membuat pengumuman sekali gus meminta para penumpang yang ingin membuat perjalanan agar merujuk segala maklumat yang terpampang di papan informasi digital.

Kempen Silent Airport ini merupakan satu polisi di lapangan terbang yang telah dimulakan sejak beberapa tahun yang lalu. Di dalam kempen ini, dilaporkan jumlah pengumuman yang diumumkan menerusi pembesar suara telah dikurangkan.

Kredit: kokweetan

Bagaimanapun, pengumuman hanya akan dibuat sekiranya ia melibatkan satu situasi yang kritikal seperti perubahan saat akhir.

Selain lapangan terbang di Malaysia, antara lapangan terbang yang turut menyertai kempen Silent Airport ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan juga Lapangan Terbang Helsinki.

Sumber: Astro AWANI

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds