KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd akan bekerjasama dengan Lazada, sebuah platform e-dagang untuk mengadakan jualan rumah secara atas talian bersempena dengan Penjualan Akhir Tahun 12.12.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group, Datuk Ho Hon Sang, “Kami berhasrat untuk menjadi inovatif dalam perniagaan kami dan ingin mencipta cara baru pengguna membeli-belah untuk rumah.”

Kredit: The Star

Tambah Datuk Ho lagi, “Lebih separuh penduduk Malaysia membeli-belah dalam talian. Jadi, sebagai pemaju pertama untuk menjual rumah dalam talian di platform e-dagang seperti Lazada, memberikan kami kelebihan berbanding pemaju lain di Malaysia.”

Pada masa yang sama, Christophe Lejeune merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia memaklumkan bahawa pihak Lazada amat teruja untuk membentuk kerjasama itu sekali gus menjadi platform e-dagang pertama di Asia Tenggara yang menawarkan perkhidmatan menjual hartanah.

Kredit: The Malaysian Reserve

“Selepas sambutan hangat yang kami terima semasa Festival Beli-Belah Lazada 11.11, kami meningkatkan usaha kami untuk memenuhi permintaan yang sentiasa berubah daripada pengguna mudah alih yang terus berkembang dan semakin berani.”

Kredit: Tech In Asia

Jelas Christophe lagi, “Pembeli Malaysia sedang mencari lebih banyak penyelesaian digital untuk semua keperluan gaya hidup mereka dan kami percaya kerjasama ini akan menjadikan rumah mampu milik lebih mudah diakses oleh pembeli rumah golongan muda.”

Kredit: Astro Awani

Antara senarai projek Mah Sing di Lazada untuk jualan hebat 12.12 adalah seperti M Vertica (Cheras), M Centura (Sentul), Sensa [email protected] City (KL Selatan), M Aruna (Rawang), M Vista (Pulau Pinang) dan Meridin East (Johor).

Sekiranya berminat, anda boleh melihat pratonton rumah mulai 28 November dan membuat pembelian pada 10 hingga 12 Disember ini sahaja. Pembeli turut akan diberikan insentif eksklusif 5.0 peratus Lazada yang bernilai RM20,000 hingga RM30,000.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds