KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengikut langkah Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong yang menggubal dasar berkaitan kemasukan buruh asing di negara mereka.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menjelaskan antara kandungan dasar berkenaan adalah mewajibkan setiap buruh asing yang bekerja dalam pelbagai sektor perkhidmatan dan pengeluaran, untuk pulang ke negara asal selepas permit mereka tamat tempoh.

Kredit : BERNAMA / Astro Awani

Menurutnya, di negara seperti Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan, para pekerja asing yang telah tamat tempoh permit akan diambil kembali oleh negara asal mereka.

Katanya, “Itu adalah hasrat mana-mana kerajaan, itu akujanji yang kita buat dengan kerajaan-kerajaan lain. Tetapi anehnya di negara kita, terdapat situasi di mana ramai di antara pekerja yang datang bekerja di sini dan selepas itu dia tidak pulang balik.” 

Selain itu, Malaysia bakal menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bangladesh, Indonesia dan Vietnam untuk kerjasama buruh yang membabitkan beberapa pindaan terhadap perjanjian dimeterai sebelum ini.

Kredit : MyKMU / Gambar Hiasan

Fasa pertama MoU itu dimeterai antara Malaysia dengan Nepal pada 29 Oktober lalu, bertujuan menangani sindiket penyeludupan manusia dan eksploitasi pekerja.

Beliau berkata, inti pati baharu yang menyaksikan bayaran rekrut, tiket penerbangan dua hala, visa, pemeriksaan kesihatan dan caj levi ditanggung oleh majikan berbanding pekerja seperti yang terkandung dalam MoU itu, selaras dengan syarat digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Jelas M. Kulasegaran, “MoU ini (kerjasama buruh) rata-ratanya hampir tamat, justeru kita memasuki fasa baharu yang akan dimeterai dengan negara sumber berkaitan. Diharap inti pati perjanjian sama berupaya dimeterai dengan Bangladesh, Vietnam dan Indonesia yang sudah mengadakan perbincangan dengan kita. Negara seterusnya dalam fasa rundingan ialah Filipina dan kita menggariskan sasaran yang sama,” 

Kredit : The Malaysian Times / Gambar Hiasan

Dalam pada itu, M. Kulasegaran berkata, penarafan Malaysia merosot ke ‘tahap 2 pemerhatian’ dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang untuk tahun 2018, berbanding tahap 2 pada 2015 dan 2016.

Beliau berkata, natijah buruk dalam bentuk sekatan antarabangsa bakal dikenakan terhadap Malaysia jika penarafan negara terus merosot sehingga menyaksikan penyusutan satu lagi kedudukan.

M. Kulasegaran berkata, negara luar tidak akan dibenarkan melabur di Malaysia sekiranya penarafan itu terus merosot dan ini lebih berbahaya daripada isu lain.

Sumber : Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds