Shanghai merupakan salah satu bandar terbesar dan pesat di China. Namun, terdapat ‘rahsia gelap’ di sebalik bandar raya ini. Jenayah yang sedang berlaku di bandar raya ini dan bahagian-bahagian lain di China bukan sesuatu perkara yang biasa. Ia adalah kes pelanggaran hak asasi manusia.

Kisah sedih mendiang Bai Gendi adalah satu lagi bukti bagaimana orang di China masih berjuang untuk kebebasan beragama, hati nurani dan kepercayaan – yang merupakan hak asasi untuk umat manusia.

Bai Gendi, seorang pengamal Falun Dafa, adalah seorang wanita pertengahan umur yang sihat dan bekerja sebagai pengurus peringkat pertengahan di sebuah syarikat petroleum milik negara. Apabila penganiayaan secara haram terhadap pengamal Falun Dafa bermula pada bulan Julai 1999, dia adalah orang pertama di Shanghai yang ditangkap kerana kepercayaannya. Baru-baru ini, Minghui.org, yang menentang penganiayaan terhadap pengamal Falun Dafa, menerbitkan “Surat Terbuka kepada Rakyat Shanghai” untuk membawa cerita Bai kepada umum.

(Mendiang Bai Gendi, seorang pengamal Falun Dafa yang tidak bersalah terbunuh dalam kempen penganiayaan yang dilancarkan oleh Parti Komunis China pada Julai 1999.) Kredit: Minghui.org

Bai Gendi telah dipenjarakan dua kali oleh Parti Komunis China (PKC) kerana enggan melepaskan kepercayaannya dan mengalami kekejaman yang mengerikan. Menurut laporan Minghui, mantan Datuk Bandar Shanghai, Xu Kuangdi, bertanggungjawab untuk memenjarakan Bai Gendi di kem buruh paksa.

“Dia telah dibawa ke kem buruh paksa dua kali dan dipenjarakan dua kali di Penjara Wanita Shanghai, selama 14 tahun,” kata surat terbuka itu.

(Penjara Tilanqiao, penjara pusat di Shanghai, China, kini digunakan untuk memenjarakan pengamal Falun Dafa yang tidak bersalah.) Kredit: Minghui.org

Semasa penahanannya, Bai Gendi terpaksa menahan lapar dan bekerja 18 jam sehari. Pihak berkuasa di kem buruh tersebut tidak membenarkan keluarganya melawatnya dan merampas mana-mana surat atau barang yang mereka hantar kepadanya. Apa yang lebih teruk adalah dia telah dikurung selama empat tahun semasa dia dipenjarakan, tanpa akses ke tandas.

Sel tunggal itu terletak di Penjara Wanita Shanghai yang terkenal sebagai tempat pengamal yang dipenjarakan. Di luar sel, di sisi lain penjara, terletak metropolis Shanghai yang ramai. Penghuni ditugaskan untuk memantau Bai Gendi, menyeksa dan menderanya jika dia tidak mematuhi perintah. Malah, mereka juga kencing dalam makanannya.

Bai Gendi makan makanan ini dan berkata kepada penghuni lain, “Saya makan supaya kamu tidak akan dihukum.” Ketika mendengar kata-kata ini, penghuni-penghuni tersebut mengalir air mata,” menurut surat terbuka tersebut.

(Kaedah penyeksaan yang digunakan terhadap pengamal Falun Dafa.) Kredit: Truth In China

Perbuatan penyeksaan dan keganasan yang tidak masuk akal akhirnya membuat Bai Gendi jatuh sakit. Dia dikejarkan ke hospital pada 24 Ogos 2016 dan meninggal dunia pada 15 Jun, 2017.

Kisah Bai Gendi membuat ramai orang tertanya-tanya mengapa dia begitu gigih dalam kepercayaannya. Keberaniannya yang teguh untuk menahan penyeksaan tidak berperikemanusiaan untuk menghormati kepercayaannya terhadap prinsip “Sejati, Baik dan Sabar” menjadikannya seorang wanita yang luar biasa-dan dia hanyalah salah seorang pengamal Falun Dafa yang telah terbunuh dalam 19 tahun yang lalu kerana enggan tunduk kepada penganiayaan yang berlaku terhadap amalan Falun Dafa.

(Pengamal Falun Dafa bermeditasi di khalayak ramai di Guangzhou pada tahun 1998, sebelum PKC mengharamkan kumpulan rohani ini pada tahun 1999. Amalan ini masih lagi dilarang.) Kredit: Minghui.org

Parti Komunis China (PKC) mempunyai “pilihan undang-undang” untuk mengubah semua pengamal Falun Dafa dengan membuat mereka menandatangani ikrar untuk berhenti mengamalkannya dan mereka akan dibebaskan. Dokumen ini menonjolkan sifat kempen penganiayaan yang tidak masuk akal.

Selama hampir dua dekad, warga China telah melihat pengamal Falun Dafa atau Falun Gong pergi ke Beijing untuk merayu keadilan. Beratus-ratus dan ribuan orang yang mengamalkan meditasi aman ini telah ditangkap dan dihukum. Mereka telah diseksa secara fizikal, mental, dan kewangan. Dialihkan, dipisahkan dari keluarga mereka, malah terdapat organ-organ pengamal yang dituai dan dijual untuk keuntungan.

Setiap individu di dunia yang sedar harus berfikir bahawa mengapa PKC berdegil mahu membasmi nilai Sejati-Baik-Sabar di mana ia merupakan nilai dan prinsip yang harus dihargai manusia. Penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai ini hanya boleh dihentikan jika kita semua bersatu untuk menentang kejahatan terbesar dalam sejarah semasa.

Falun Dafa (atau Falun Gong) adalah amalan kehidupan yang berlandaskan prinsip Sejati, Baik dan Sabar. Kumpulan ini mengamalkan 5 kaedah senaman Qigong yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit serta membantu di dalam peningkatan tahap kesihatan badan dan minda. Penindasan terhadap pengamal Falun Gong di China bermula pada 20 Julai 1999 oleh Jiang Zemin, bekas presiden PKC, atas dasar syak wasangka dan perasaan cemburunya. 

Sumber: ntdin.tv

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds