KUALA TERENGGANU – Penternak boleh dikenakan kompaun sehingga RM250 jika didapati membiarkan haiwan ternakan berkeliaran bebas di jalan raya.

Kredit: Malaysian Talk

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak, tindakan hukuman denda yang dikenakan itu adalah bertujuan untuk memberi kesedaran serta mendidik para penternak agar tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di merata tempat.

“Walaupun kita tidak berapa suka nak tangkap haiwan peliharaan orang lain, tetapi ia penting bagi menjaga kepentingan awam. Ini perlu dilakukan sebagai pengajaran kepada para penternak yang tidak mematuhi peraturan.”

Kredit: World of Buzz

Tambah Dr. Alias lagi, kadar kompaun yang akan dikenakan adalah bergantung kepada jenis haiwan. Misalnya RM250 untuk lembu dan RM100 untuk kambing.

Sejak Januari hingga November tahun ini, Dr. Alias memaklumkan bahawa sebanyak 264 ekor haiwan ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri dan kerbau telah ditangkap pihak berkuasa dan pemilik haiwan-haiwan ini akan diberikan tempoh selama 14 hari bagi menebus semula ternakan mereka.

Kredit: Astro Awani

Tindakan ini dipercayai diambil setelah berlakunya beberapa kes kemalangan melibatkan haiwan yang bebas berkeliaran ini. Pada 6 April tahun lalu, seorang remaja telah terkorban setelah melanggar seekor lembu di Kampung Bali, Perak. Dalam kejadian lain, motosikal milik seorang lelaki dilaporkan remuk setelah melanggar sekumpulan lembu di lebuhraya Ipoh-Lumut.

Sumber: Astro AwaniWorld of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds