Sejajar dengan usaha Kementerian Pengangkutan untuk memperkenalkan pas bulanan tanpa had untuk perkhidmatan rel (RM100) dan bas Rapid KL (RM50) pada 2019, Prasarana baru sahaja mengeluarkan kenyataan mengumumkan pembatalan pas MyRapid Bus 30 mereka.

Kredit: NST

Menurut pernyataan mereka, pas MyRapid Bus 30, yang digunakan oleh penumpang untuk perjalanan dengan bas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, tidak boleh digunakan selepas 31 Disember 2018. Penjualan pas ini juga akan ditamatkan efektif pada 30 November ini.

Kredit: Rapid KL

Pembatalan ini adalah untuk digantikan dengan pas bulanan RM50 tanpa had (dipanggil pas “MY50” dalam pernyataan Prasarana) yang akan mula dijual dan boleh digunakan mulai 1 Januari 2019.

Kredit: Portal SPA8i

Awal bulan ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan pada sidang akhbar bahawa kedua-dua pas bulanan RM100 (“MY100”) dan RM50 mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Pas ini akan diaktifkan selama 30 hari selepas pembayaran dilakukan, dan tidak akan dimatikan pada hujung bulan seperti banyak pas-pas yang lain.
  • MyKad atau MyTentera boleh digunakan untuk membeli pas di semua stesen MRT dan LRT serta 4 hab bas di Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang), dan Terminal Kajang.
  • Bermula dari 1 Disember 2018, rakyat Malaysia boleh mula melanggan melanggan pas ini.
  • Pas yang diaktifkan boleh mula digunakan pada 1 Januari 2019 kelak.

Menurut kenyataan Prasarana, bagi pengguna bukan warganegara Malaysia masih boleh menikmati diskaun sehingga 20% jika menggunakan kad Touch ‘n Go atau mereka boleh membayar tambang bas mereka secara tunai.

Pas MY50 ini sah digunakan untuk semua bas RapidKL kecuali Bas Rapid Transit (BRT) – laluan Sunway, kerana ia berada di bawah pas rel MY100.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Rapid KL menerusi laman Facebook atau Twitter mereka, atau hubungi talian bantuan di talian 03-7885 2585.

Sumber: World of Buzz, MyRapid KL/Facebook, MyRapidKL/Twitter

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds